BEN ASHAARI

Sunday, June 14, 2009

DAGING KERISIK BEREMPAH

Daging Kerisik Berempah

Salam Sabtu untuk semua, dah siap masak ke tuu?....Hari ni mat masak daging... Sebenarnya resipi ni kira main belasah saja, jadi kita letak lah nama "daging kerisik berempah". Masakkan ni ala2 rendang + satay+ masak kicap..... Amboi menikah banyak kan depa tuuu..hehehe... Sebenarnya lauk2 biasa mat ada juga masak, tapi tak letak dalam blog, maklumlah lauk ulang tayang, takut pulak ada yang "hentam" guaa dengan ayat2 cinta depa nanti (panasss sehhhh!!!)..

Gading Kerisik Berempah

Psstt!..Cun tak pinggan lama yang mat guna tu..Biasa lah sejak2 ada hobi baru ni, semua yang lama aku rembat.. Selain untuk memelihara warisan kita, ianya sesuai juga buat menghiasi blog masakkan. Lauk ni sedap dimakan dengan nasi putih, nasi impit atau ketupat...Ok jom kita semak resipinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g daging batang pinang, hiris nipis dan lebar2, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 cawan kicap manis
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji cili hijau, dihiris serong
1/2 cawan air
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan daging dengan semua bahan2 di atas kecuali cili hijau, cili merah, bawang besar, bawang merah/putih hiris dan kerisik. Gaul rata dan perap sekurang2nya 2 jam (nak sedap perap semalaman) dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga perang dan harum, masukkan daging yang diperap tadi, gaul rata dan masak hinggga daging kecut. Masukk air dan kerisik, kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan cili hijau dan merah, kacau rata dan masak hingga hampir kering. Sesuaikan rasa dan jika ok boleh dialih ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan...

7 comments:

Sis-Lin said...

sodapnyeee...mak aku selalu bt ko dulu,skrg dh lama x mkn ko...
klu aku masak ni,kena masak lauk yg lain,ank aku yg besar tu x mkn daging kan...

lady imah said...

tengok gambar aje menjelerakan
belum makan lagi..DAHSYAT!!!!

Ummi said...

Salam Mat, akak bz betuii kat ofis baru2 ni, xdan nk menjenguk or online lgsung...pastu wiken ziarah tokwan x sihat di Bentong, baru sampai balik magrib tadi...ni baru sempat jenguk! Berselera tengok daging ni, rasa nk ratah jek..akak x makan nasi dah lee..

zulfarina zulkeple said...

sedapnyer nmpak nak cuba ler

malkomal said...

sangat meliurkan.. drooling dah ni.. xpe xpe sabar sabar balik keje nanti boleh cuba..

Sarah95 said...

nak tya sikit, kamera jenis dan model apa mat guna? dslr ke? meleleh ayaq lioq tengok gambar...mcm makanan depan mata....nyum nyum..

minami133 said...

mat, lesung aper kat belakang tuh... berkilat ajer, macam bukan lesung batu ajer... hari2 dok gilap ker...hehehe..
ummi.. kampung bentong ker?? wah, my PIL pon kat bentong.. ntah2 bole terserempak ngan ummi...