BEN ASHAARI

Tuesday, June 16, 2009

BERSARANYA SEORANG BLOGGER TEGAR...

Salam sejahtera untuk semua.... Hari ini 15 hb June 2009, dengan rasminya "Kasawari@Azman" bersara dari dunia berblogging. Sedikit terperanjat tapi apa2 pun pilihan yang dibuat pasti ada kebaikkannya. Kita teman2 blogger ni, ibarat sepohon pokok, jadi bila sorang bersara ibarat gugur lah sehelai daun dari pohon itu. Saya bukan nak tulis kata pujian2 pada kasawari, yelah kenal pun tak delah begitu lama, tapi dia ni memang manusia yang boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan (itu pada pandangan saya lah...), ramah tamah tu tak payah cakap lah, senda gurau pun hmmm boleh tahan (tak caya tanya sis - linn). Kalau tak, takkan lah CM ibaratkan kasawari ni sebagai sebotol "kicap"....Kicap ni kira penting juga dalam kehidupan kita, betul tak...sebab apa?..sebab kicap ni "versetile" kegunaannya. Pertama kali kasawari datang ke rumah mat, dia bersama Linda (wife kasawari), Shai dan anak2 beliau, masa tu dah rasa macam lama kenal dan kunjungan berikutnya silih berganti dan kemesraan tu makin terjalin...Hmm, nak tulis banyak2 pun tak reti...jadi sampai disini dulu yeaa..untuk kasawari, saya doakan kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran untuk anda sekeluarga....Jangan lupa pulak yeaa simpang ke "Sedenak"....

10 comments:

Daffodil said...

hmmm tumpang bersedih dengan pengunduran kasawari... walau pun hanya kenal melalui alam maya dan sebagai 'pembaca senyap' tapi kemesraan kalian menambah seri kehidupan dalam persahabatan ini.. all d best buatmu kasawari dan sahabat2 yg lain! mungkin ini adalah yg terbaik buat kalian... kami mendoakan agar rahmat sentiasa mgiringi kehidupanmu! mat, aku rindu lama x mgomen dan tinggalkan pesanan dlm chat box ko.. tapi aku tak lupa singgah dan menatap blogmu setiap hari. bz lol lepas bsalin dan melayan 2 putera ni ahaks - jes

ain said...

sedihkan bila dah serius berblogging, suddenly quit. rasa kehilangan kan.

Sis-Lin said...

betul tu mat....
sama2 la kita berdoa keceriaan nye yek...
nsb kita ni 1kg kan JB...leh la jumpa jgk nnti..

makcikkantin said...

selamat kehobi seterusnya buat kasawari.

cik mat, izin makcik link kat blog ye

umi_e said...

nak kata musim tengkujuh atau kemarau, cuaca cantik je... elok-elok je... tiba2 nak bersara... memang memeranjatkan... kak e rasa 'kehilangan' lah pulak... cuma harap2 persaudaraan di alam nyata tidak turut bersara :p hehehehehe

* tiba angin puting beliung, mau kak e terjah jalan kasawari tu :P

Ummi said...

Hah, dah nk bersara?? Apasaii pulak agaknya ya..Sis Lin boleh jawab kot.. :D..Apapun keputusan beliau, kita harus hormati..mungkin itu yang terbaik dan telah difikirkan semasak2nya..Cuma terkilan, Ummi x sempat pun nak jengah selalu ke blog beliau, amat jarang..Tapi kalau orang sekampung, still boleh jumpa2 lg kan..

nanae said...

salam cmg.walaupun jarang jenguk blog kasawari tp terasa sedih gak.kepada semua bloger jemput la lawat blog saya salamdaripuncak.blogspot.com.boleh kita jalinkan persahabatan

MamaFaMi said...

Setiap yang bermula pasti kan berakhir... mungkin ada sebab di sebalik kebersaraan Kasawari... Mudah-mudahan apa jua keputusan yang telah diambil, adalah yang terbaik, wallahualam...

Mana tahu, lepas ni turn mama pulak kan! You'll never know!

MAMABOBOY said...

nk kenal ngan cik mat leh tak...siokk pulak bace blog cik mat...

miss emyliza said...

knp besara???? holiday inn ke ??? uiksss....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.