BEN ASHAARI

Tuesday, May 19, 2009

SINGGANG IKAN BAWAL

Singgang Ikan Bawal

Hari ni jom makan, makanan yang mudah dimasak, sedap dan sihat....Yelah mat faham masak "singgang" sapa yang tatau, budak sekolah rendah pun reti buat...Tapi mengikut kata orang2 tua....Masakkan ni, walau pun resipi nya sama, tapi rasa akan berbeza mengikut "air tangan" masing2....Adakah anda percaya?......

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan bawal saiz kecil (kurang lebih 600g)
5 - 6 biji kacang bendi muda
2 keping asam gelugor
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
2 biji cili hijau, belah 2 tapi jgn putus
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 800 ml)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam + jus limau kasturi = 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan toskan, tak payah kerat.
  2. Dalam periuk, masukkan air, bawang besar, bawang putih, asam gelugor, serbuk kunyit dan kiub ikan bilis, masak atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Tambah ikan dan masukkan kacang bendi. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa (dan secubit gula jika suka) serta belahan cili hijau. Masak hingga ikan masak dan bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...Sedappp u, kuah dia boleh hirup2!!!!

9 comments:

ain said...

saya belum pernah letak bendi dalam masak singgang. kena try la nanti.

Muna said...

sangat sesuai dan sedap makan masa tengah idung tersumbat and mulut kurang berselera.....tu la hari tu joget sakan, la ni dah KO dengan hayfever!!

ross said...

Salam Bro.. Hari tu mmg gak nak join Lin & Shai tp tak dpt dtg awal. Satu hari nnti saya pasti akan ke rumah bro...

hanieliza's cooking said...

salam..
alahai..sodapnyaaaa singgang..
lapor la pulokkkk...
waaaa.....sabo jelaaa...

Mat Gebu said...

ainn...
Kebetulan bendi yg mak saya tanam ada buah..jadi takut bendi tu terbuang, saya masukkan..

Muna...
Aiseyy muna tak sihat rupanya..eh nice lah tarian u all...macam penari istana...Jgn lupa makan ubat yeaa..

Ross...
salam kenal...ohh, ada plan nak dtg sama lin n shai yea hari tu..tak pe lain kali silalah dtg, ajak lin and kasawari...

kak liza...
Kak lizaa...mmg betul sedap dimakan waktu tengah hari di kala cuaca panas lagi hangat...

Jun said...

sedapnyer mat...arini nak kena masak ni lah...malas pon yer...betul3..hehe...mmg lain org masak lain rasa..akak mmg suka makan yg org lain masak..mmg sedap..bila ko nak masak tuk akak ni?

Mat Gebu said...

kak junn...
Bila2 masa jee kak, kalau singgang ni...hehehehe

SA said...

cik Mat..sedapnyaaaaa... makan dgn budu nih!! eh cikmat..dah lama tak bukak gmail ke?? siti hantar email berkurun lama tak balas...

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

saya pon pandai singgan ikan..mesti sedap Mat Gebu masak lagikan dari saya ..haha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.