BEN ASHAARI

Thursday, May 28, 2009

SINGGANG BEREMPAH

Singgang Berempah

Harum dengan bau rempah ratus, pedas berangin dengan gabungan cili padi dan lada hitam, masam2 manis dari asam gelugor dan tomato dan berperisa dari campuran bahan2 rencah...lauk2 biasa bagi kebanyakkan orang melayu kita...Sungguh sedap dihidangkan kala masih panas bersama nasi...walaupun pedas, sambal belacan jangan di lupa dan juga disulam dengan ulam-ulaman segar..sungguh memikat selera....Ikan tu terpulang, tapi kali ni mat guna ikan kembong....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong besar, siang, cuci bersih dan kerat 2 setiap ekor
1 biji tomato, dibelah 4
1 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 - 3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam secukup rasa
Air secukupnya
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi*
3/4 camca teh lada hitam biji*
1 1/2 camca teh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*(*ditumbuk hingga halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan juga asam gelugor dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan juga bunga kantan. Perasakan dengan garam secukupnya, kalau nak letak sedikit serbuk perasa pun ok (tapi mat tak guna, sebab dah ada kiub ikan bilis).
  3. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan hangat bersama nasi...Boleh ber"asap" telinga waa cakap sama luuu!!!!

6 comments:

ain said...

pehh..panjang betul bahan2 dia!

SiS-lin said...

wah lain dr yg lain ni mat,selalu sggang rebus,ni sggang rempah ek..ermm nnti aku try ler..

INNA AB said...

ish2...nmpak mcm sodap nih...nk tryla...slalu singgang stail kel & trgg je..berlain nih...tq2...

blogresipi said...

Nampak kalerful pulak singgang kali ni.. cantik dipadankan dengan mangkuk antik tu :)

LiNda said...

saya suka ikan masak singgang, tapi en.suami tak suka, dia kata lauk owg sakit.

Takper..tak suka takper. Saya makan sesorang hirup kuah sampai abis. Pasni nak buat Singgang Berempah - harus terkecur air liur . ha hah haha

Mat Gebu said...

ain...
nampak mcm byk bahan, tapi sekali jalan jee..dah nama singgang...

sis-linn...
try jgn tak try, elok utk membuang angin dalam badan..ahaks..

inna ab...
Kalau dah try nanti bagi feedbacak yeaa...

blogresipi...
hehehe, best u bubuh singgang dalam mangkuk lama, nampak klasik dan nostalgia..

linda...
memang dah lauk singgang ni sinonim dgn org tak sihat. Tapi makan masa hangat sedap kan, hirup2 kuah dia...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.