BEN ASHAARI

Tuesday, May 12, 2009

BENDI GORENG TELUR

Bendi Goreng Telur

Hari ni mat masukkan resipi yang mudah saja yeaa (tah2 u all semua dah biasa masa style gini!!)...Saja nak menghabiskan stok kacang bendi, tau sajalah bendi ni kalau tak masak, dia akan mula menjadi "tua" secara semulajadi..masa tu bukan je keras tapi bersabuttt!!!...ok ok jom tengok resipi, tak kesah lah kalau yang biasa2 pun....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10-15 biji kacang bendi, redam dan toskan
1 cawan hirisan nipis daging ayam
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1/2 camca besar sos ikan (nampla)
Garam dan sedikit gula
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam, toskan*
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi ditoskan, hiris serong2 sederhana tebal. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, daging ayam dan sos ikan, kacau rata. Tambah asam gelugor (masukkan sedikit air). Biar ayam masak.
  2. Kemudian masukkan bendi tadi dan gaul rata. Curah telur tadi sekeliling kuali, bila telur sedikit mengeras, gaul rata bersama bendi tadi. Masak hingga kering sedikit. Masukkan sedikit gula dan garam (jika perlu).
  3. Hias dengan hirisan cili dan daun sup sebelum dihidangkan panas2. Sedap dimakan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng.....

11 comments:

jiejah said...

masakan pebret sy gak tuk perabis stok bendi hehehe

nestumrasberi said...

tak pernah masak bendi cam gini
wah nampak sangat sedap
kena buat gak ni

Ayu said...

mat, ayu pun goreng sayur peria dengan telur..heheh

Beachlover's Kitchen said...

Mat,kasi tambah sambal belacan kat bendi ni!! syoiknya...too bad bendi kat sini mahal oooo...

ain said...

nape yek..nmpak je gambo masak2 cik mat, lapo semcm je. tu belum lauk dpn mata tu.huhu

~Yatt~ said...

cik mat..simple menu tp sodap...heheh...

Azita said...

walaupun resepinya simple tapi "posing"nya ganazzzzz!

KaSiH said...

mat...cane nk buat supaya bendi yg dipotong tu tak berlendir...kasih penah cuba buat dulu tp berlendir la...

SiS-lin said...

ee aku suke dgn bendi...sedapkan?....

Mat Gebu said...

jiejah...
Memang betul, lagi pun bendi ni kalau simpan lama2, dia jadi tua dgn sendirinya kan...

nestumrasberi...
Memang sedap dan mudah disediakan, kalau kacang panjang/peria kambas pun sedap juga.

ayu...
Lauk mcm tu mmg sedap kan...save budget lak tuu..hehehe

Beachlover...
Itu mestilah..kita org2 peranakan, sambal belacan mana boleh lepas, hari2 guaa tumbuk sambal!!!

ainn...
hehehe, tu tandanya u belum makan lagi...betul tak?

Yatt...
Lagi sedap kalau letak dalam pinggan2 antik...

azita...
Biasa lah, masakan tu kan ibarat model, kena pakai baju lawa, make-up2 semua...

Kasih...
kalau mat kan, cuci dulu bendi tu..then tos bagi dia kering...hiris masa u nak masak..tapi bendi kalau ada lendir sikit2 tu normal laa.

sis-linn...
aku pun suka bendi...kalau masak asam gitu2 pun sedappp..

yuz said...

adesss....lapar sampai terfollow lak

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.