BEN ASHAARI

Thursday, April 9, 2009

PERIA GORENG BERDAGING

Peria Goreng Daging

Tiba2 tekak macam nak makan benda yang "pahit2" sikit...tapi bukan lah aku nak telan pil tidur atau belasah ubat batuk!!!, cuma teragak nak makan peria kambas....Kali ni goreng dengan daging...sebab baki daging semalam ada sikit lagi tersimpan dalam freezer...Jadi kita layannnn je lahh yeaa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peris kambas saiz sederhana
200 g daging batang pinang, hiris nipis*
1/2 inci halia*(*disatukan dan perap 30 minit)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar sos tiram
2 camca besar jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

A...
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putij
6 biji cili padi @ 1 biji cili merah
1/2 kiub pati ayam "Maggi"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas dibelah dua, buang biji , potong serong dan rendam dalam air berisi garam. Tumbuk lumat semua bahan2 "A". Ketepikan..
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan sos tiram, kacau rata dan masukkan daging. Tuang air, kacau dan masak hingga daging lembut.
  3. Toskan peris kambas dan masukkan dalam kuali tadi, tambah jus asam jawa dan sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga peria lembut. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Hidangkan segera....

6 comments:

ain said...

salam cik mat..peria tu boleh kan saya ganti ngan sayur lain. x suka peria..pahit.

Mat Gebu said...

Bolehh...kalau ganti dengan timun pun ok....

CT Delima said...

harini pun k.ct masak daging..tapi sambal daging malbari..memang mengancam bau dia mat..tapi betul lah..kat umah ni x makan peria hehehe bole ya tukar sayur lain :-)

Lynna said...

Menarik jgk ni peria ngan daging..Kalau kat kedai mamak dorang grg celup ngan tepung berempah ala2 tempura gitu peria ni..sedap la gak mcm krg sket pahet dia..my mum plak slalu grg peria dgn udang..tp udang slalu lesap tinggal peria je tak laku hehe ;)

Mat Gebu said...

kak ct...
Boleh ganti dgn apa2 jee kak, kalau guna kailan pun sedap..

Lynna...
Hahaha, eh peria zaman laa nie kurang pahit laa, sebab mat rasa peria tu dah hybrid jadi tahap kepahitan si peria tu dah kurang skit...cuba try peris yg kaler hijau muda...kurang pahit.

Ida Hariati Hashim said...

sedapnya peria..saya mesi cuba ni..tq for sharing..:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.