BEN ASHAARI

Sunday, April 26, 2009

IKAN MASAK CUKA

Ikan Masak Cuka

Dah mati idea nak masak apa, ni kira lauk main belasah ikut apa yang ada. Ikan masak cuka ni ala2 masak acar, cuma mat tak de stok timun dan lobak merah, yang ada cuma capsicum merah, hijau dan kuning dan tomato serta ikan.....Jadi apa mau bikin, gua belasah jee beb, janji boleh makan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan ikan tenggiri*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
1/3 biji capsicum merah, didadu
1/3 biji capsicum kuning, didadu
1/3 biji capsicum hijau, didadu
1 biji tomato, didadu kasar
5 biji cili padi, diketuk
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
3/4 cawan cuka makan
1 biji bawang besar, belah 4
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1/2 inci halia, dimayang halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan minyak. Tumis rempah tumis hingga harum, masukkan udang kering, halia dan bawang putih, masak hingga layu. Tuang cuka makan dan masukkan gula, masak hingga pekat.
  2. Tambah garam dan masukkan bawang besar, cili padi dan capsicum merah, hijau dan kuning. Gaul rata. Bila pekat, masukkan ikan dan tomato tadi, gaul rata. Rasa dan tambah garam jika perlu.
  3. Masak sekejap dan boleh angkat. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man....Makan dengan nasi minyak pun sedap u!....

9 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

belasah pon nampak sedap je tu cikmat...

Lynna said...

tuh diaaaaaa....cik mat nih betoi ke belasah jer masak tuh....kalau dia betoi2 put an effort taktau la cemana rupa jdnyer....mesti grand kan hehe ;p

ain said...

sedapnya lauk main belasah ni ye!

Ummi said...

Salam Mat, amboiihh akak baru tinggal 2 hari, berderet menu..sedap2 lak tu..sedap kalau makan ikan masak cuka ni..dah jenuh makan daging kenduri...naik sakit perut akak, panas2 ni kot..huhuuu

tulipurple said...

salam bro..nice & yummylicious blog!
patutnye ikan tu nama dia ikan masak cuka traffic light..hehe.

noorsl said...

Salam en.mat ...ikan masak cuka yang simple tu lah yang sedap kalau kena selera.

SiS-lin said...

yum3x...colourful..sedap nye.....curik respi la esok nk bt..hehehe

nestumrasberi said...

uhhhh peberet saya ni
terliur...minta halal resepi yer weeken nak buat camni

Elle said...

yang ni pon try tadi jugak..boleh terlupa tumis bunga cengkih,kayu manis semua tu..tapi best la jugak rase dia...siap tersedak cuka lagi huhuhuh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.