BEN ASHAARI

Wednesday, April 8, 2009

DAGING MANIS

Daging Manis

Nama saja daging manis, tapi tak delah manis macam pengat, cuma manis "lite2" sajaaa.....Resipi ala2 masak kicap pun ada, stew pun ada, ala2 chinese pun ada. Budak2 suka makan ni, sebab tak pedas dan penggunaan halia yang sedikit lebih pun elok untuk buang angin di dalam badan.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, dibelah 2
2 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia tua, dititik
5 biji putik jagung, dibelah 2 setiap biji
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyak untuk menumis

A...
600 g daging lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
1 1/2 inci halia, tumbuk lumat
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh lada hitam, ditumbuk

B...
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos hoisin
3 camca besar kicap cair
3 cawan air
1 pokok daun sup, kerat kasar
1/4 camca teh minyak bijan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan "A", gaul rata dan perap 1 jam. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih titik hingga harum, Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut.
  2. Masukkan semua bahan "B", kacau rata, kecilkan api dan renih hingga daging empuk. Masukkan belahan cili merah, jagung muda dan bawang besar hiris. Masak hingga jagung muda lembut.
  3. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah kicap cair atau garam. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas....

5 comments:

Lynna said...

Mat..Ni bahaye ni kalo telebey mkn kang asyik meletop jek bom angin..maklumla byk halia..tp utk yg hangen 1 badan ni mmg bagus kan hehe ;p

CT Delima said...

haha..betul tu mat..kang terlebih halia asik nak lari jer dari CM tu hahahaha tau2 bunyi jer kan :-)

ain said...

yummy..yummy!!!boleh try esok ni.mmg plan nak masak daging.

[e] M [a] said...

boley gnti dengan ayam x???

McBudu said...

Phoooh sedapnyer nampak, meleleh air liur ni....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.