BEN ASHAARI

Sunday, March 15, 2009

BASIC MUESLI SLICE

Basic Muesli Slice

Hari tu masak jalan di blog Lemon Grass (LG), mat ternampak dia bagi resipi "basic muesli slice", dan kebetulan rolled oats pun masih ada berbaki (dan cukup2 jee untuk resipi nihh!!)...Apa lagi, boleh lah mencubanyaa......

Basci Muesli Slice

Ianya lebih kurang macam resipi cornflakes madu dan biskut bepang....tapi ni versi sihat lah..Rasa dia kan sedappp u, manis madu (ye kee ber"madu" tu maniss?)...dan rasa lemak kekacang buat kan kita tak jemu memakannya...Terima kasih yea LG, untuk resipi nihh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (mat guna badam, pecan dan kuaci)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optioanl)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....

11 comments:

Ummi said...

Mat, kat Ktn ni memang hujan dari Subuh tadi pnya lah lebat, segan je nk bangun...tengahari renyai kejap pastu hujan lak ni punya lah lebat mcm nak banjir jek..Kalau pekena Hot Choc Milo dgn Muesli Slice ni memang best ek! :D

Aishah@Ariffin@Aqil said...

leh try nanti nih...nampak sedap...

lemongrass said...

cikmat,
thanks sbb sudi cuba tp cik mat punya lagi upmarket sbb ada pepita n choc chips,wehkehkehkeh.....

all jazzed up said...

Mat, Senggang tu apa?

ain said...

hmmm...tasty n healthy!

Mat Gebu said...

kak ummi...
Memang kak, tapi rasa mat time mcm tu kita makan ubi rebus dgn sambal tumis, ikan masin, kelapa parut...lagi ngam kann...

aishah...
silalah mencuba..mesti anak2 dan org dewasa suka u..

LG...
Sama2 dan terima kasih sebab sudi kongsi resipi...

all jazed up...
Senggang tu ada 2 maksud, satu sejenis masakan yg menggunakan kaedah rebus (ada juga yg tumis) menggunakan ikan (ada juga daging)..Lagi satu waktu "senggang" = masa lapang..

ain...
mmg sedap dan tak manis sangat, lagi pun madu kan manis dia semulajadi...

masz_73 said...

Mat!..masak SINGGANG ... masa SENGGANG... pastu bule TERBONGKANG!.. kekekke :P

Mat Gebu said...

masz_73...
Ha ah..dah leerr TERBONGKANG!!!!....TERKANGKANG pulak tuu..haiyooo segannn guaaa!!!!

muffin comel said...

thanks ya!!! i dah try buat best....

EriN HairudiN said...

Cik mat. Saya follower baru.
rupanya best la resepi2 cik mat (baru sempat lihat, belum cuba) Muesli slice tu kan, 'rolled oat' tu camne rupanya. (maaf la ini budak baru belajar). dapat la kiranya mengemailkan rupanya nanti pada saya ye...erin_fr@yahoo.com. TQVM

FEENA ZAIN said...

salam

nak tanya, bakar memang 30min ke? lama gak eh.. takut rentung pulak...huhu.. ingatkan dalam 10-15min

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.