BEN ASHAARI

Thursday, February 19, 2009

MEE PANGSIT

Mee Pangsit

Salam semua....hari ni mat teringin nak mencuba satu resipi yang namanya.....begitu menyeramkan uu...Mee Pangsit..dah dekat2 bunyi "Pelesit" pun ada....Tapi yang pasti kalau makan lebih memang boleh "pancit"....Resipi dapat dari rumah "Sis Linn" yang duduk jauh nun di JB (jauh lahh, kalau ko jalan kaki dari Sedenak!!!), kata Linn, mee tu asal usul datang dari Indonesia.....asal2 nama mee ayam, tapi tah macam mana boleh jadi mee pangsit...mushkil pakcik mendengarnya, kalau dari segi lahiriah mee pangsit ni sebijikk mee sup....apa2 pun layannnnn!!!!

BAHAN KUAH :-)
400 g ayam, potong kecil
8 - 10 biji bebola ikan (mat guna bebola ayam "Ayamas")
3 - 4 batang crab stick (resipi asal tak letak)
1 batang saleri, dihiris kasar (resipi asal tak letak)
1 kiub ayam "Maggi" (resipi asal tak letak)
6 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
6 biji buah keras*
1 camca besar lada sulah biji*
2 inci halia*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
Mee kuning secukupnya (tak de stok mee kuning, mat guna mee hoon)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Cili jeruk
Tauhu, digoreng dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukk ayam dan gaul rata. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan. Tambah bebola ikan/ayam dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK MEE PANGSIT :- Masukkan mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu hiris dan hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Makan selagi hangat!!

12 comments:

ZAMAN said...

tak boleh tahan la mat tengok gambo aje dah mejelejeh air liur, aku nak try jugak

SiS-lin said...

wah tahniah mat..sbb ko berani nk cuba..lemak2 gitu kan rasenye...ank2 suke..sesuai utk org lepas bersalin kan...

lemongrass said...

Baik baik makan malam2 Jumaat ni.Dah u yg kata nama dia ada iras2 'pelesit' ,hahaha. Tapi apa ada pada nama kan, asalkan sedap :-)

Ummi said...

Apa?? (*buka kelopak mata luas2 n gosok mata..) Pangsit..Pangsit..haa nasib la mata akak ni x rabun jauh...nampak mee Kulai tu..Akak rabun dekat jek! Penah dgr, tp cam takut nak makan, takut jadi pelesit x mau berenti mentekedarah..wakakakaa...ampuuunnn

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

wah..nampak sungguh menyodapkan....terliur dah ni abang mat weh!

ZaiY said...

salam cik mat..
sedapnya tgk bahan2nya dalam mee tu..meriah sungguh, klu dapat hirup tu tak cukup semangkuk.
saje nak share, kalau tak silap sayalah pangsit(pancit) tu dlm bahasa Tagalog bermaksud bihun. sebabnya kat dubai ni, bihun2 yg diimport frm filipina ader tulis "pancit noodle" @ "pancit bihun" kat bungkusannnya, gitula..kalau salah minta maaf..

echah_syed said...

pangsit@pancit..?? muahaha :D

lepas mkn ramai yg terkuncit..hiks :p

Beachlover said...

nampak sedapnya bihun Mat! nama bihun is cool yea..tak pernah dengar...nampaknya I ini jakun la! lol!

WAN said...

terus perutku berkeroncong tgk mee ni...this will be our dinner tonite tq che mat for the idea

CoKeLaT-RaWkZ said...

Sekadar memberi pandangan:

Mie Pangsit tu adalah panggilan Indonesia untuk Mi Wantan. Wantan tu dipanggil Pangsit kat sana. Cara penyediaan memang mirip Mie sup.

MULAN said...

nama menakutkan tapi rasa mesti best ni.. kena try ni..

Aishah@Ariffin@Aqil said...

seram betui dgr nama tu...mujur takde rupe tu...tp rupe cam mee sup tu betui ah...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.