BEN ASHAARI

Friday, January 23, 2009

PENCUK NENAS

Pencuk Nenas

Kalau kat Johor ni kan, pencuk nenas ni amat lah biasa sesangattt, kalau ada keje kawin, kenduri kendara dan juadah pulak ada nasi minyak...Mesti ada pencuk nenas ni. Kiranya ala2 salad leerr gitu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, dikupas
1 biji timun
1 biji bawang besar
1 - 2 biji cili merah
1 camca besat gula halus
Sedikit garam
2 - 3 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dibelah, buang empulur dan hiris halus, timun dihiris halus, bawang besar dihiris halus dan juga cili dihiris halus.
  2. Satukan semua bahan2 kecuali garam dalam satu bekas, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Hidangkan.

3 comments:

cikmanggis said...

sedapnya nampak dalca ni...abis lah diet cikmanggis ....

noreen said...

mat 1 camca besat gula halus tu ape kobondo eh tak ponah den donga besat

Roxane said...

salaam CMG, dah lama saya tak mkn pencuk nenas...ne makanan org2 lama...semasa arwah ibu masih ada dia yg selalu buat...dah hampir 10tahun...sungguh nostalgik. terima kasih byk kerna berkongsi resipi. saya minta izin resipi dan minta halal yea

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.