BEN ASHAARI

Saturday, January 31, 2009

KUIH CARA

Kuih Cara

As'laikum semuaa...Hari ni kita buat "kuih cara"...Mesti dah ramai yang tau buat kan...Kira macam musim kuih2 tradisional pulak laah, hari tu talam keladi, hari ni kuih cara pulak.

Kuih Cara

Acuan, terpulang pada masing2, nak guna corak ceremai, belimbing atau pun bentuk telur. Mat guna acuan "antik", corak bunga ceremai. Bentuk dia comel2 dan untuk resipi ni boleh dapat banyak juga, dalam 50 biji kuih!, tapi kalau acuan besar, bilangan kuih jadi kurang.....

BAHAN INTI :-)
200 g daging cincang
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah kecil*(*ditumbuk lumat)
1 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk cili
1 - 2 camca teh kicap cair
1 cawan air
Sedikit gula

BAHAN KUIH :-)
150 g tepung gandum
2 biji telur gred A
125 ml santan pekat (boleh ganti dengan susu cair)
200 ml air
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning/serbuk kunyit
1/4 cawan minyak sayur (nak tambah kolestrol, boleh guna mentega cair!!)

BAHAN TABUR :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, serbuk cili dan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Tambah daging dan kacau rata.Tuang lebihan air dan masak hingga kering, tambah sedikit gula dan1 camca teh kicap cair, kacau rata dan rasa jika perlu tambah lagi kicap cair. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH :- Satukan semua bahan2 untuk kuih, kacay dengan whisk hingga semua rata dan sebati. Tapis adunan dan ketepikan sebentar.
  3. UNTUK KUIH CARA :- Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur, gunakan api kecil, lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Bila panas, tuang bancugan 3/4 penuh, masukkan 1/3 camca teh inti (ikut saiz kuih, kalau saiz besar letak lebih) dan tabur cili, hirsan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Tutup acuan dan biar masak 4 - 5 minit hingga permukaan kuih menjadi pucat dan bahagian bawahnya perang keemasan. Angkat kuih dan ulangi hingga habis. Hias ikut suka sebelum dihidangkan...

11 comments:

MamaElla said...

Salam mat,

cantik nya kuih cara itu... acuan itu boleh masuk oven ke mat?

Mat Gebu said...

MamaElla...
Acuan tu tembaga dan mmg boleh masuk dalam oven. Kalau guna oven tak payah tutup acuan tu. Seelok2nya panaskan dulu acuan dalam oven sebeum tuang adunan...

Ummi said...

Alahaiii..posing maut betul kuih cara tuh!!! Siap dgn daun kari duk mencelah cili lagi..pandai2 je ko matching mende alah tu...mengancam dan perut terasa lapor tengok kuih ni Mat..!!

Hani said...

Mat, nak order acuan tu boleh dak? :D

anatahir48 said...

Ada2 je cikmat posing pic ek? Kreatif gitu, sampai diselitkan daun kari tu kat kelengkang cili tu..hehe..

cikmanggis said...

Sedapppnya nampak!presentationnya WORLD....

echah_syed said...

teringat kat mak combi bila nmpk cara ko mat..

tapi cara mak combi kaler hijau kat tgh letak gula :)

ko mmg kreatip.

Aishah @ UmmiAqil said...

alahai comelnye sekali ngan hiasan tu...

Lynna said...

macam daun kari pakai pelampung cili pun ada gak...ekekeke...jgn mare ehh cikmat yg gebu mcm kueh pau haha ;p

Beachlover said...

Mat your kuih cara hiyasan cantiknya....nak tanya,sikit,I ada kuih bahulu mould,boleh guna tu buat kuih cara?

siti said...

Salam bro Mat,

Saya nak buat kue ni sabtu akan dtg utk majlis. Boleh saya tahu nak bakar guna apa (arang/atas dapur/oven) boleh bagi tau cara2nya. Really urgent. TQVM terlebeh dahulu.
salam
Siti

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.