BEN ASHAARI

Sunday, January 18, 2009

KEK CHIFFON COKLAT

Kek Chiffon Coklat

Sebelum mat letak resipi, Al-Fatihah untuk mak saudara mat yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi, kami panggil arwah dengan gelaran "Mak Lok" (walaupun sepatutnya dipanggil "mak andak")...Besar jasa arwah pada mat dan 2 lagi abg mat, arwah ni mengusahakan kantin sekolah di SRK (dulu dikenali sebagai Sekolah Rendah Kulai 1)..Masa sekolah rendah tu dari darjah 1 hingga 6, makan di sekolah semua mak sedara kita tu yang tanggung, termasuk abg mat yg no2 dan no3. Makanan yang arwah sediakan pada kami bukan lah yang "biasa2", tapi makanan yang dimasak khas, diasingkan dari makanan lain, disusun elok disudut meja bertutup surat khabar. Masa tu bukan mat saja yang dia tanggung makan percuma, tetapi beberapa orang lagi anak2 saudara arwah...Dah lah tu, kalau kita tolong buat kerja sikit, nanti arwah bagi lagi duit poket RM1, tiap2 hari...Rasa sungguh kerdil diri ini bila menerima berita tu pagi tadi...Moga Allah mencucri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan di kalangan orang2 beriman....Aminnn..
Berbalik pada kek yang mat buat hari ni, sepatutnya dah buat 2-3 hari lepas, tapi hari ni baru tergerak nak buat, itu pun sebab ada anak2 buah kat rumah. Walaupun sedih, tapi baking tetap ku buat juga....

BAHAN A :-)
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang....

15 comments:

ela said...

cik mat..kalau nak letak topping sesuai tak...

Mat Gebu said...

ela...
Rasa2 saya, kalau nak siram cekelet cair pun sesuaii....

CT Delima said...

Mat..ct nak cuba buat lah..tapi x tau bila ct bole makan benda2 pejal ni..kena ULSER lah mat.. :)

Rafizah Nordin said...

teruje tgk stand mixer tu CMG...ingat nak minta bday present tp tetibe hb wat surprise bg hadiah lain...terima je la...senyum gak sampai ke telinge...

deedah said...

Semoga Allahyarhamha menjadi ahli Jannah insya allah, amiin ..

your cake looks good as usual, MG :)

Hamirdin b Ithnin said...

KALAU ULCER AMALKAN MAKAN JELLI GAMAT. MAKANNYA WAKTU PERUT KOSONG, SEPERTI BARU BANGUN TIDUR SEBELUM SUBUH.

INYSALLAH

Ummi said...

Mat, salam takziah dari akak sekeluarga untuk Mat sekeluarga..sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat selalu hendaknya..Amiinnn...Jangan sedih2 ya Mat..sudah begitu lumrah kehidupan..setiap yg bernafas pasti akan kembali jua kepadaNya..Harap Mat tabah juga ya..salam untuk bonda Mat juga ya..

LEEN said...

Cik Mat, terujalah tengok kek ciffon tu..tp cam x confident je nk buat

hayatibadri said...

salam takziah buat mat.....actually akak dah lama mengendeng kat blog mat ni......sungguh teruja, menarik dgn warna yg ceria, pinggan mangkuk pun cantik banget....

beachlover said...

Mat I like your step to step making chiffon cake!!..good idea Mat guna koko tu..nanti I pun nak guna coco jugak! thanks!

nyonya said...

Tried this last weekend. Soft, yummy and beautiful.

ninie's corner said...

minta kebenaran tuk share resepi ni ye.....

Amie said...

En Mat saya nak cuba leh?

Sabrina Mohamad said...

Salm... en mat.. sy nk tanya knp terus terbalikkan tin chiffon apabila kek masak??? Apa tujuannya en mat??

Sabrina Mohamad said...

Satu lg en mat... sy nk tanya kaup balik tu mcm mn??? Kacau sampai sebati ker??