BEN ASHAARI

Monday, January 5, 2009

INDIAN STYLE PINEAPPLE CHUTNEY

Indian Style Pineapple Chutney

Nampak resipi ni kat FP Muna....macam kecur u....Tengok kat dapur ada nenas sebiji tapi saiz "King" tergolek kesepian menduda dok celah bakul...Dari itu mat tukarkan dia jadi pineapple chutney...Tapi Muna tu buat kaler dia kuning golden, tiba masa mat buat dia jadi coklat golden...Hmm ada ke coklat golden?....hehehe, tapi kan rasa dia sedap, kalau makan dengan nasi minyak atau pilaf, memang laaa sesuaiii......Terima kasih yea "Your Majesty", share resipi ni!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji nenas saiz sederhana@ 1 biji nenas saiz "king"
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk cili
2 camca teh jintan halus
2 camca teh biji sawi
1/2 camca teh halba
1 kuntum bunga lawang
3 camca teh minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah, dihiris*
1/2 inci halia, dihiris*(*yang ni tak letak dalam resipi asal)
2 - 3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas nenas, buang empulur dan potong kiub sederhana besar. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih, halia dan biji sawi hingga harum dan biji sawi mula "meletop"...
  2. Masukkan nenas, serbuk kunyit, jintan manis, bunga lawang, halba dan air. Tambah sedikit garam dan gula. Masak dengan api sederhana hingga nenas lembut dan sedikit kering.
  3. Rasa dan jika perlu tambah garam atau gula secukupnya. Hidangkan bersama nasi minyak,nasi beriani atau nasi pilaf....

4 comments:

kakpah said...

salam. Che mat, kakpah nak tanya lah. Mat beli remikin bekas sheppard pie tu kat mana. Sebab melilau kakpah cari kat banyak tempat tak jumpa.

Mat Gebu said...

kak pah...
Mat beli kat kedai baking di JB..kak pah dok mana ek?..

ICook4Fun said...

Mat, this dish look a bit like pajeri nenas, kan. How is the taste? Sama tak?

Mat Gebu said...

Gert...
Yep..betul, seakan2 pajeri nenas. Tapi rasa lain sedikit..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.