BEN ASHAARI

Thursday, January 8, 2009

GULAI TULANG RUSUK

Gulai Tulang Rusuk

Pasal masakan ni, mat tak mo cerita apa2 laaa, sendiri tengok, sendiri baca dan kalau teringin, silalah mencuba...Makan sikit boleh laa, yang ni kalau bab kolestrol dia memang "kaya raya" u...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg tulang rusuk lembu yang masih berdaging
400 ml pati santan
500 ml santan cair
1 - 2 liter air
2 keping asam gelugor
4 batang serai, dititik
5 - 6 biji kentang
Garam dan sedikit gula
1/2 cawan cili padi*
1/2 inci kunyit hidup yang tua*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
10 biji bawang merah*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang rusuk dipotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan. Kisar halus bahan yang bertanda (*). Kentang dikupas, belah 2 setiap biji dan rendam. Ketepikan.
  2. Masukkan tulang ke dalam periuk, masukkan bahan2 kisar, serai, santan cair dan air, kacau rata. Masak dengan api kuat hingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan masak hingga daging pada tulang lembut.
  3. Masukkan kentang dan tambah sedikit garam. Bila kentang empuk, masukkan asam gelugor, santan pekat dan sedikit gula.
  4. Didihkan perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak cepat, boleh masak dalam periuk tekanan (bagi yang ada periuk tekanan). Masukkan tulang rusuk, bahan2 kisar, sedikit garam, serai dan tuang santan cair setakat tenggelam tulang saja dan masak ikut peraturan cara mengguna pada periuk tekanan masing2 (biasanya dalam 15 minit daging dah lembut). Bila tekanan pada periuk dah hilang (biasanya mat letak periuk tu di bawah aliran air paip untuk cepatkan proses penyejukkan) , alih ke dalam periuk biasa, masukkan kentang dan pati santan, masak hingga kentang lembut. Sesuaikan rasa dan boleh hidangkan. Abaikan penggunaan air jika masak dalam periuk tekanan....

7 comments:

rahaniss said...

mai ai sedapnya....kalau dah terhidang depan mata tu bab kolestrol tolak tepi dulu la ...

princessharyati said...

kay kolestrol... mmm celah2 bedah tu yg yatt carik2 lagi sedap taw... yg bahagian yg dlm tulang tu lagi enak bangat ..cik mat

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Sedapnye... sedapnye... sedapnye... tengok pun dah sedap.. huhu tak boleh jadi nih.. kena bikin gak Ahad nih..

The Wan And Only said...

bestnyer... meleleh air liur...

echah_syed said...

periuk pun kena tekanan ekk :p

larikkkkkkkkkkkkk!

deedah said...

macam terhidu-hidu aroma masakan ni MG ! sodaplah :)

pHat sUe said...

mak tengok pon tetelan aye liyo

ps : maceh !

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.