BEN ASHAARI

Wednesday, January 14, 2009

ASAM REBUS TUMIS

Asam Rebus Tumis

Jom makan asam rebus tumis pulak....Ini masakan senang teramat sangat, budak2 sekolah pun boleh masak....Tak caya?...Suruh budak sekolah tu masak lepas ni!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung panjang (saiz besar)
5 ketul tulang ikan masin kurau
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis "maggi"
2 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
4 -5 biji cili padi, dititik
Bawang goreng, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang kulit sedikit, dibelah dua dan dipotong serong kasar2 setiap belahan, rendam dalam air bercampur sedikit garam. Cuci tulang ikan kurau dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Toskan tulang ikan kurau masin dan masukkan ke dalam periuk, kacau rata dan tuang air (anggaran 700 ml atau ikut keperluan). Masukkan juga asam gelugor. Biar mendidih.
  4. Tambah kiub ikan bilis, terung (toskan dulu) dan daun kunyit. Bila terung lembut, boleh matikan api. Rasa dulu jika perlu tambah garam. Kalau suka boleh letak cili padi sebelum dihidang dan tabur bawang goreng. Hidangkan panas!..

5 comments:

CikMin said...

CMG...mmg x tahan la klu dtg sini..

CT Delima said...

Mat..kata td malas nk masak..nahhh berderet cik mat pose yer :) mengancam lauk tu yer..

Jun said...

mat...rasanya, budak skolah kt umah akak ni konpem x leh masak, tau makan jek..hahahaa

Mat Gebu said...

CikMin...
hehehehe..alah hai jgn leer kata mcm tu...bawak bertahan yeaa!!

CT Delima...
Memang malas sgt tau nak masak..nak lalu kat dapur pun macam seriauu...Tapi kena juga masak..

Kak Jun...
Hehehe, tak pe lah budak sekolah tak boleh, mak pada budak sekolah tolong masakkan..

princess said...

cik mat awak 3 ari dah i takleh buka u punya blog full i boleh nampak just resepi yg first jek yg bawah2 tu dah tak nampak pastu yg sebelah kanan semua tak nampak..awat?? agakyek byk pengunjung ke umah cik mat so kak cik kene tunggu ambil no kot?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.