BEN ASHAARI

Sunday, December 21, 2008

MATCHA MARBLE CAKE

Matcha Marble Cake

Matcha Marble Cake atau Kek Marble Teh Hijau. Resipi mat dapat dari fotopage "Muna" yang sentiasa awet muda tuuu, psttt, nak gossip sikit, dia tu kan bukan pandai masak2 jee u, gubah bunga pandai, clay modeling pandai, melukis pandai, gardening punn pandaiii, serba serbi pandai lah pendek kata..

Matcha Marble Cake

Terima kasih yea kongsi resipi ni, sedap leerr...Nak tau tak, ni lah 1st time mat rasa kek yang dicampur dengan serbuk teh hijau, kesiann kan aku..hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 g mentega
2 biji telur gred A
120 g gula halus
120 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
60 g serbuk badam
2 camca besar serbuk teh hijau (mat guna 1 camca besar je..hehehe, jimat u!)
2 camca besar air panas

Contoh Green Tea Powder yang mat guna, ianya dikisar halus bak tepung dari teh hijau asli :-)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan serbuk teh hijau dengan air panas dan kacau rata hingga menjadi paste. Satukan tepung yang diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga adunan kembang.
  3. Pada speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Cedok keluar 1/3 adunan dan bancuh dengan paste teh hijau, kacau hingga sebati.
  4. Dalam tin yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas, tuang adunan kosong dan diikuti adunan teh hijau, pusing dengan chopstick untuk mendapat kesan marble.
  5. Bakar 180C selama 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

14 comments:

zany said...

salam kenal cik mat, dua tiga kali dah terserempak kek marble che mat, tapi tak cuba-cuba juga lagi saya ni.

|| syazwaniadnan || said...

CM, boleh x share gmbar pembungkus green tea powder yg u guna?
t.i.a =)

leeyana-mamadaniel said...

salam cik mat...wahhh look yummy lah..cik mat beli serbuk teh hijau tu kat ne ek?tol kate syazwani tuh..share lah serbuk teh hijau yg cik mat gunakan tuh...hehehe..

CT Delima said...

alah mat tangkap leleh dah ct ni tau..mat dah bt ct tersentuh nak membuat nya lagi..a'ah mat kongsi ler contoh teh tu mat..nk gak tau ni keh3

izan said...

salam CM..amboi sedapnya kek...izan nak copy recipe boleh yer

Mat Gebu said...

Zany...
Tarima kasih kerana sudi singgah...tak pe kalau ada masa boleh mencuba, tapi mat mmg syorkan "Kek Marble Trio" tu..lembap, lembut dan sedap.

Syazawani, Leeyana n CT Delima...
Ok, esok mat letak gambar green tea powder, mat beli yg loose punya, 30 g = rm 9...

Izan...
copy jgn tak copy, sedap nihh...lemak lak tu sebab ada serbuk badam.

somuffins said...

Rasanya versi CikMat lebih menawan sebab nampak 'lebih hijau'.

Beachlover said...

Mat mat,wow! tak datang satu hari sudah ada 4 posting,banyak cepatnya...I like your green tea marble cake effect..Nak cuba recipe Mat la..nasib baik dah beli match kat Bake wt Yen,sekarang boleh guna..but takut marble tak jadi effect ni..Thanks for sharing your wonderful recipe:))

Sayang Suhana said...

mat...u pakai cake tin size aper?

Mat Gebu said...

somuffin...
Tapi kan green tea powder tu kaler dia mmg hijau laa...tatau lah kalau depa ada boh serbuk pewarna kaa, tapi nyonya kedai baking tu kata, tak de campur kaler..wallah hualam!!

Beachlover...
Sama2, i pun berterima kasih pada "Muna"....

Suhana...
Lamanyaa tak nampak ana, sehat ke, mesti bz buat CC utk krismas semua kan...Mat guna tin kek berukuran 8 x 5 x 3 inci...Tapi kalau guna bunt pan pun cantik laaa..

payarumput21 said...

Salam..

Cantiknyer kaler kek tu.. rasa mesti lebih lagi lah nie..

VG said...

Beautiful Mat...as usual.

Ummi said...

Matchaaaa!!!! Gabungan kaler yang menarik lah Mat..sesssuuuaiiii gitu..sempena nama ko ke Mat? hehe..usik2 je...Cantik ya amat sangat lah Mat! Nampak pun gebuuusss!!! Haiyyyaa...kena masuk list ni...

Akmal Rusydi said...

hm..macam best je kan..boleh cun aresepi ni..senang je

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.