BEN ASHAARI

Sunday, November 16, 2008

ROTI NASI

Roti Nasi

Dah lama sangat nak mencuba "roti nasi" resipi dari onigiri dari MyResipi....Rasa roti dia begitu "asli"...seakan2 rasa roti benggali dan apam (mungkin sebab ada nasi)....Sedap dicicah air kopi atau disapu jem dan mentega, cicah kuah kari atau pun sardine, hmm semua sedap lahhh!...Cuma permukaan dia tak jadi licin sangat, agak kedut2 laa...tak pe lain kali aku sapu SK-II..bagi teganggg!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
  2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
  4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.

16 comments:

perempuan cerdas said...

Hello mat.Makanan awak nampak sedap semua.Menangis saya :)

M

Mat Gebu said...

perempuan cerdas...
salam...Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak..Uikk jgn nangis, u pun boleh buat punya lahh!!

Ummi said...

Salam Mat..baru balik dari kenduri pak sedara ni..seharian xda kat rumah hari ni..roti mu memukau mata dan menggoncangkan gendang perut akak ni haa...bestnya kalu malam2 ni cicah dgn kopi O, malas dah nk makan nasi...kena pulak sambil dengar lagu ni..besttt! Akak suka sgt lgu ni..tp xdan nk upload pun..xpalah dgr sini je lah..hehe

Jiya said...

arr... bestnya dapat wat roti sendirik. Slalu beli roti kat kedai bakeri jek. Kalo wat roti sendirik, mmmg tutuplah kedai roti termasuk roti mamak.. huehuehue! Kedut² roti tu pon mengancam jugak mat gebu!

Mat Gebu said...

kak ummi...
Uikk, balik dari kenduri kawen ek..ada dapat bunga telur?....Roti tu kan, rasa dia mcm zaman dulu2 punya, pastu ada rasa macam "apam" pun ada, cuma tu lah kulit dia tak cun laah, mcm frust ckit, tu yg nak kena buat lagi tuu!..

jiya...
Tapi roti mamak mana leh tanding, depa tu bakar guna oven tradisi, bau pun sebatu dah dpt hidu, yg kita buat ni, bau dalam rumah saja..tapikan seronok tau kalau makan hasil air tangan sendiri..pstt kedut tu nanti i seterika ek..hehehe.

Aishah @ UmmiAqil said...

nampak cam best je...

Mat Gebu said...

aishah....
Bukan nak kata apa lah, walaupun rupa tak cun, tapi rasa sedap u..sikit pun tak jemu kalau makan.

MadihayS said...

salam,
mat, kite suke sngat lawat blog awak sbb selalu ada resipi n pictures makanan yg amat menyelerakan...
kite link awk eh?

Mat Gebu said...

madihays...
Terima kasih kerana singgah dan tinggalkan jejak kat blog mat..dan sudi pulak link blog ni...

mamazieza said...

dah hampir setengah abad.. baru ku dengar roti nasi.. ni mesti cuba ni.. tapi lepas cuba sate baya dulu.. hehehe.. byk yang nak dicuba.. last2 satu pun tak cuba.. aduhaiiii

May Hickman said...

Sedapnya roti nih..cocok buat tea time. nak buat takut tak jadi krn cuaca disini sudah dingin .

tahan liur saja liatnya hehehe

nyonya said...

Mat Gebu,
When I saw this recipe yesterday, my immediate reaction was, "I am so going to make this tonight."

And so I did, (with the Breadmaker). The dough looked a bit dry initially and I thought that does not look right at all. And when the dough was ready, the bits and pieces of rice grains are still visible. At that moment my heart just sank and I wasn't expecting anything great at all, obviously.

However I must stressed that the dough was very nice to work with, soft and not sticky at all. So,I went ahead with it, making little bun filled with serikaya and red bean paste and I must tell you that it was the most delicious little thing I have ever tasted!!

Thank you Mat Gebu. I absolutely love your blog and keep up the good work.

cikyah 75 said...

Salm cik mat. saya mmg your blog's ardent follower. Saya dah cuba roti nasi ni, lama dulu n bila tgok agambau u ni, rasa teringin la pulak. petang nanti nak buatlah! Cik mat teruskan usaha masak-memasak ni ya! Saya mmg support 300%!

suhanasulaiman said...

wah.. u punya resepi memang meletup.. i dah try few of ur recepies.. memang best dan mudah.. bahan2 pon senang sangat nk cari... suami i pun makin sayang.. harharhar

ma'chiks said...

udah salin resepi roti nasi, nnti nk buat.tq 4 d recipe

k'ngah kurau stone said...

K'ngah dok tengah tunggu doh roti nasi tu naik...tak tahule jadi ke tidak he..he baru nak cuba tengok MG meroti memang terliur..semuanya nampak gebu..halalkan resepi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.