BEN ASHAARI

Sunday, November 30, 2008

RASPBERRY MUFFIN

Raspberry Muffin

Nak menghabiskan raspberry yang hampir "monopose"....Resipi asal kutip dari blog S_Shamen, tapi i dah modifey ikut bahan2 yang ada.........Terima kasih pada Fidahh...Memang gebu, lembuttt dan montokss uu!!...Mat buat 1/2 resipi dibawah ni....Selamat mencuba untuk semua yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung naik sediri (self-raising flour)*
1 camca teh baking powder (yang ni sendiri letak)*(*gaul rata dan diayak)
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 biji telur Gred A
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan Raspberry

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Sementara itu, satukan telur, susu cair, minyak jagung, gula perang dan esen vanilla dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua rata dan sebati.
  2. Masukkan tepung dan kacau pantas dengan spatula hingga rata, masukkan raspberry gaul dan isi 3/4 penuh dalam muffin cup atau paper yang dialas dalam acuan muffin.
  3. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 180C dan bakar 20 - 25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2..

3 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

sedapnye nengok muffin ngan sos tomato meleleh tu...opsss..jgn mare tuan umah,kan semua muffin tu wa yg punya....muahahahaha...

malaysiaworker said...

Terliurlah, hantar sikit kat
http://www.dejohore.com

D.a.a.l.i.a. said...

salam ..mat gebu .... selama ini saya jadi silent reader kepada blog anda... memang admire skills yang ada pada anda.. kagum dengan hasil tangan awak .... ramai admirers pun .... suka tengok anda share resepi dengan kengkawan di alam maya .... dan ramai yang mencuba resepi anda juga....

semoga sukses dan sejahtera selalu

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/