BEN ASHAARI

Saturday, November 8, 2008

IKAN PARI KUKUS HERBA

Ikan Pari Kukus Herba

Jom try buat yang ni pulak...sedap tau, selain senang, ianya dalam kategori hidangan sihat, sebab tak de minyak, cuma dikukus saja...Kalau tak de atau tak makan ikan pari, boleh ganti dengan ikan tenggiri pun ok, ikan merah pun sedap...kira kalau dah habis ikhtiar sangat lahh, guna je ikan kembong, habis cerita....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ketul potongan ikan pari, bahagian dagingnya
3 helai daun limau purut
1 genggam daun selasih (sweet thai basil)
1 camca besar sos ikan
3 biji cili padi, dititik
1/2 camca besar gula
1/2 biji lemon, perah jusnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji cili padi*
2 batang serai, hiris halus*
1 kuntum bunga kantan*
1/2 camca teh lada hitam biji(*ditumbuk lumat)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci ikan pari, perap dengan garam dan jus lemon selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Siap kan 3 helai daun pisang berukuran 8 inci x 8 inci dan juga 3 helai yang berukuran 9 inci x 4 inci dan 3 bilah lidi yang tajam. Layur sedikit daun pisang atas api supaya lembut. Ketepikan.
  2. Satukan jus lemon, gula dan sos ikan bersama bahan2 tumbuk lumat, gaul rata dan rasa jika perlu tambah sedikit lagi garam. Bahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Ketepikan.
  3. Ambil sehelai daun pisang berukuran 8 x 8, letak 2 ketul ikan pari, lumurkan dengan bahan no 2, letak sehelai daun limau purut, beberapa helai dan selasih dan juga 1 biji cili padi yang telah dititik tadi.
  4. Bungkus seperti dalam gambar dan ambil sehelai daun pisang 9 x 4 tadi, balut sekali lagi (seperti tali pinggang) dan semat dengan lidi tajam, kemas kan bungkusan, buat hingga siap dan kukus atas air mendidih selama 15 - 20 minit. Hidangkan segera bersama nasi hangat...

7 comments:

liana m. said...

sodapnye rupe ikan kukus ni incik mat. die posing pun cantek jee..huhu

Mat Gebu said...

eh eh...DR...lama nya tak nampak u..apa khabar sehat kee?....macam mana kerja?..ok tak?

liana m. said...

hahaha..bole kilija lg la cik matt..belajo lg ni hah..busy2 pun ari2 singgah cikmat nye blog menjamu mate. hehe.

oo sy ade buat blog kunun2nye nak jadi cam blog cik mat la..tapi alangkah malasnyeee nak updateee..kalo rajen singgah2 la www.lianamd.blogspot.com. tp takde entry lg.busy maa :P

gee carmen said...

cik mat..

nampak sedap dan mudah. lagipun makanan ni menyihatkan lah kan? thanx yer sebab sudi konsi resepi!

sweetlilly said...

mat.. kalau haku masak menu ni untuk mak mentuaku.. kompem haku jadi menantu kesayangan... mak mentuaku kalau ikan kukus lagi balut dalam daun pisang.. perghhh memang peberet dia WoooOo.. silap haribulan.. haku jadi pewaris rete bendanya.... wahahahahhahaa

Mat Gebu said...

gee carmen...
Salam gee, mmg betul, senang, mudah dan sehat kan resipi mcm tu...kalau guna ayam pun sedap lahh..

SL...
Hahahaha, SL, aku pagi2 baca komen koo sampai gelak2 nihh, adoiii....sabor je lah aku, tapi senang lah org kalau makan jens rebus dan kukus nihh...

ciktembun said...

ni lebih kurang botok2 johor tukan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.