BEN ASHAARI

Friday, October 24, 2008

TUNA BERCILI

Tuna Bercili

Tuna bercili ni ala2 sambal tumis, tapi tak pedas dan rasa dia pun lain sikit dari sambal...Sedap dimakan bersama nasi hangat, ulam-ulaman, ubi rebus, lempeng, "lace pancake@roti kirai, roti putih dan lain2...Kalau makan dengan nasi lemak pun sedap, buat sandwich pun boleh, kalau tak habis simpan dalam peti ais dan boleh guna sebagai perencah untuk nasi goreng. Resipi asal, kutip dari buku masak Chef Wan, tapi dia guna 3 tin tuna, mat cuma ada 1 tin, kita dah modifey sikit....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin tuna dalam tin
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji terung, potong dan belah 4 setiap potongan (tak letak sebab tak de)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1 batang serai, dihiris*
1/2 inci belacan*
10 tangkai cili kering, potong, rendam hingga lembut*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna ditoskan, terung digoreng dengan sedikit minyak hingga layu, angkat, tos dan ketepikan.
  2. Dalam kuali sama, tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan tuna dan tambah gula serta garam scukup rasa.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan cili hijau, gaul rata. Akhir sekali masukkan terung, kacau dan matikan api. Rasa jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan segera....

5 comments:

Mommy Lily said...

sardin ni mmg feveret mami

sedap sungguh nampaknye tu

Aishah @ UmmiAqil said...

Nampak sedap nih...nanti leh try...

marcella abdull said...

sedapnye... sy ni tak makan tuna.. tapi bila tgk resepi ni nak cuba buat ler...

sweetlilly said...

Mat, kalau makan ngan nasi lemak ni.. uikss sedappp ni...

Ell said...

Terimakasih, Cik Mat Gebu for sharing. Saya nak tanya, kalau gunakan 3 tin tuna kena triple-kan aduan-nya ke tidak?

Makasih, Ell :)