BEN ASHAARI

Saturday, October 25, 2008

STRAWBERRY SWISS ROLL

Strawberry Swiss Roll

Sejak lepas raya, ni lah baru start baking, itu pun sebab tak tahan godaan dari "Mama Fami"....Memang senang swiss roll ni, semua bahan2 kita lebur dan putar sampai kembang, pastu gaul dengan mentega cair, pastu bakar...senang kan, kalau yang baru nak berjinak2 baking, boleh cuba buat nie...Betul tak Mama?...Tapi mama fami buat durian swiss roll, mat guna strawberry filling jee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A*
2 oz gula halus*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh esen vanilla*
1 1/2 oz tepung gandum*
1/2 camca besar susu tepung*
1/2 camca besar ovallate*
2 oz mentega, dicairkan
Sedikit pewarna merah
Strawberry filling @ jem, secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 bertanda (*) dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  2. Cedok 3 camca besar adunan dan gaul dengan sedikit pewarna merah. Tuang adunan biasa dalam loyang swiss roll yang telah dialas kertas minyak. Ratakan.
  3. Sudu2kan adunan merah dan lorek2 dengan chopstick untuk mendapat kesan marble. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sejukkan sepenuhnya sebelum disapu dengan strawberry filling@jem dan gulung kemas2...

7 comments:

HomeKreation said...

Amboi Cik Mat dh mula mengganaz dgn kek yg sungguh menggoda... mana tak nya, merah mengancam strawberry tu... tengok jem meleleh, aiyaq lioq along pun meleleh jugak...

AlongRoz

Idayu said...

wahh..sedapnye. Dah lama tinggalkan alam bakeri ni.Nanti bole cubala buat..

MamaFaMi said...

Jom Mat, kita rock and roll! Hahaha... Jelita sungguh la Swiss Roll Mat.. dwi warna lagi gitu...

Aishah @ UmmiAqil said...

caya lah....cantik elok cubaan tu...nanti leh wat macam2 jenis ikut mamafami....

ummu_hanis said...

lawo tu swiss roll bang mat.

|| syazwaniadnan || said...

c.mat guna loyang size brapa ni ye?

nahariah said...

kenapa bila gulong dia pecah ekk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.