BEN ASHAARI

Tuesday, September 23, 2008

BISKUT KUACI

Biskut Kuaci

Biskut yang lemak, harum dan ringan bila siap dibakar....Kalau dah masuk dalam mulut, lagi lahh sedap, satu pesanan mat, jika menjamah biskut2 raya, silalah nikmatinya dengan sepenuh jiwa..jangan main telannn buta2 macam tu saja....

BAHAN A :-)
250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon (mat letak esen vanilla)

BAHAN B :-)
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 g tepung rose (kalau tak de, guna tepung gandum saja)

BAHAN C :-)
Kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul bahan A hingga sebati dan rata (jangan pukul hingga kembang, nanti biskut jadi "gedabak"). Masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau macam lembik, biarkan 10 - 15 minit (bila cornflakes kembang, doh jadi OK).
  2. Canai doh 1/2 cm tebal, terap guna acuan kegemaran, susun atas dulang pembakar, sapu dengan kuning telur dan hias dengan kuaci labu. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

7 comments:

MamaElla said...

Salam Mat,

Betul kata Mat kalau makan biskut itu mesti dengan feeling, kalau tidak kita tidak akan tahu nikmat nya..hehehe
Lawa biskut mat...1 adunan dapat berapa keping eh?

Mat Gebu said...

mamaella...
Lupa nak kabar, mat buat 2 adunan...jumpa kepingan bergantung pada saiz acuan...Kalau tak silap mat adunan diatas boleh dapat 200+ keping...

Min said...

Mat, rajinnye buat biskut byk ni.. Mat ambik order ke sekali ?

MamaFaMi said...

Yang paling tak tahan tu, tang pesanan penaja tu! Mat...Mat... lawak la Mat ni...

zaitgha said...

hi Mat,

if i had the time this is one of your biscuits that i wanna try making....if times permit

btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri to you and family.

VG said...

Hi Mat

Datang umah Vin kejap...ambik kad raya.

Menaka D said...

Mat Gebu,

Tepung rose ni tepung pastry ke? I nak buat biskut ni untuk christmas.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.