DALCA BEBOLA DAGING

Dalca Bebola Daging

Hari ni ada projek nasi beriani, tapi sebelum tu kita buat dalca dulu yeaa.....Oleh kerana stok daging tak de, mat guna daging cincang dan jadikan bebola, not bad at all...sedapp!!!!


BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging cincang*
1 camca besar tepung jagung*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1 inci halis, tumbuk lumat*
1 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*digaul hingga rata dan gentel jadi bebola sederhana besar)
7 tangkai kacang panjang, potong sepanjang 1 1/2 inci
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
3 biji kentang, kupas dan potong sederhana besar
1 biji terung bulat, kupas sedikit kulit belah 6 dan kerat 2 setiap belahan
1 cawan kacang dhal, cuci dan rebus hingga 3/4 empuk, toskan
2 biji cili merah & hijau, belah 2 setiap biji
2 cawan potongan bunga kobis
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 biji kelapa, diparut
3 1/2 camca besar rempah kari daging, bancuh dgn sedikit air
2 camca besar cili kisar
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang merah, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntuk bunga cengkih
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan juga cili kisar, tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tuang santan cair, kacau rata dan masukkan kentang.
  3. Bila mendidih, masukkan bebola daging dan lobak merah, masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah kacang dhal dan sayur2 lain kecuali tomato. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan asam gelugor dan tambah garam dan sedikit gula hingga secukup rasa. Akhir sekali tuang santan pekat dan masukkan tomato. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.