CENDOL PULUT

Cendol Pulut

Ini lebihan cendol dari resipi lepas. Duduk kat M;sia ni kadang kala nak membuat sendiri cendol, rasa malas sangat, yelah senang didapati, kalau dok luar negara tu terpaksa laa kena buat kalau nak makan, kang ada pulak yang kempunan, jatuh terbongkang kat mana2, paling buruk kalau jatuh dalam longkang!!!....Resipi pun biasa je, mat cuma bagi secara ringkas.

BAHAN-BAHANNYA :-)
Cendol secukupnya, tos, cuci dan tos kembali
Kacang merah, guna yg dalam tin saja
Pulut, rendam 2 jam
Santan secukupnya
Sirap gula merah
Sedikit garam
Ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut tadi ditoskan isi dalam bekas dan masukkan air atau santan cair separas dengan pulut. Kukus 25 minit atau hingga masak.
  2. Satukan santan dengan sedikit garam, kacau rata. Masukkan cendol dan sirap gula merah secukup rasa.
  3. Tuang cendol tadi dalam bekas yang diisi ais, tambah kacang merah dan pulut tadi. Boleh dihidangkan...

Post a Comment

7 Comments

  1. wah sedapnya mkn time cuaca panas nih.. teringat cendul dan kenangan di jln mawai dulu.. rindunya..

    ReplyDelete
  2. Salam cik Mat, kita selalu jer nengok awak punya blog,tapi tak pernah lah komen lagi.Baru dok tengah belajar2 memblog ni.
    Dah lama tak buat cendol ni. Nampak sodap.Time2 summer ni ok jugak buat yer!

    ReplyDelete
  3. kakjie tak moh cendul tu
    sini asik ujan..cijukkk

    berkenan kt mangkuk dgn sudu tu

    yg tu tak moh bagi ke
    hahahaha

    ReplyDelete
  4. yerrr betuii!!!
    yg jatuh terbongkang tu haku lerr cik mat...adussss terasa2 dah kt tekak ni cendul...

    ReplyDelete
  5. abg mat..sue amat2 tertarik dgn mangkuk cina tu...adoii..lawanyaaa

    ReplyDelete
  6. Tuan Rumah tumpang lalu...

    ANDA SEORANG PELAJAR

    UNIVERSITI/KOLEJ/SEKOLAH ATAUPUN SURIRUMAH??

    MAHU BUAT BERNIAGA ONLINE DARI RUMAH!!! IKUTI

    TIPS YANG DIBERIKAN!!

    klik JE: http://bizonline4me.blogspot.com/


    e-mail ke : bizonline4me@gmail.com

    jangan lepaskan peluang yang berharga didepan mata

    anda...
    terbuka untuk semua,seluruh malaysia...

    anda berminat untuk menambah wang anda sendiri?
    mampu memiliki apa yang anda impikan?

    tak SUSAH pon benda ni....

    korang cubalah masuk web ni n baca.....

    klik JE: http://bizonline4me.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. minta halal resepi ni ye mat...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.