BEN ASHAARI

Monday, June 16, 2008

LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak

Jeng..jeng..jeng, tiba2kan dengan rajinnya ter"magic"...muncul "Laksa Sarawak"...ahakss, ini kes teruja tengok laksa kat rumah "kak cik" nun jauh di Dubai....Pes laksa pulak pemberian "Dayang"....sedap, harum dan lemak. Resipi asal laksa sarawak dari "Kak Pah Sherry".... Pada mat, pes laksa sarawak ni seakan2 rasa rempah untuk "botok2". Apa2 pun terima kasih banyak2 yea dayang dan sesapa nak buat boleh berkunjung ke blog dayang untuk mendapatkan pes Laksa Sarawak....boleh beli on line uuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 bungkus mee hoon, celur hingga lembut, toskan
200 g pes laksa sarawak
250 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
2 keping dada ayam
300 ml pati santan
1 kiub ayam "MAGGI"
1 1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :-)
3 - 4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung dan hiris halus
250 g taugeh, buang ekor, celur sekejap (mat tak celur)
Belahan limau kasturi
Hirisan daun ketumbar @
Daun pudina
Sambal belacan

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ayam, kelar2 dan rebus hingga ayam masak (mat campur 1 inci halia, dititik dan juga 4 biji bawang putih, dititik). Angkat ayam, tos dan sejukkan, keluarkan halia dan bawang putih tadi. Siat daging ayam tadi dan ketepikan. Dalam stok ayam yang sama, celur udang 30 saat, angkat dan toskan.
  2. Kemudian dalam stok tadi, masukkan pes laksa sarawak dan santan. Biar mendidih atas api sederhana. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. PENYEDIAAN LAKSA :- Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk, tuang kuah, tabur taugeh, hirisan telur dadar, udang, ayam, hirisan daun ketumbar/pudina, limau kasturi dan sambal belacan.
  4. UNTUK SAMBAL BELACAN :- Tumbuk lumat 15 biji cili padi bersama belacan, campur secubit gula dan garam. Perah sedikit jus limau kasturi, gaul rata..

1 comment:

Dianne said...

hehehehe sedap oooo,mtk ckit,dyg nyer dah abis lah weiiiiii