APPLE BREAD PUDDING

Apple Bread Pudding

Apple bread pudding yang sedap, harum, manis2 manja dan paling penting mudah dibuat, kombinasi telur, vanilla, susu, mentega dan serbuk kulit kayu manis memang kena.....

Apple Bread Pudding

Dan pergaulan rasa itu seakan2 memberi satu impak dalam tekak kita....amat menyenangkan dan lazat....dan tak lupa ucapan terima kasih kepada "Suhana" kerana sudi berkongsi resipi...Blog dia kalau luu masuk, meletoppp beb, waa cakap sama luuuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
9 - 10 keping roti putih, didadu kecil
2 cawan susu penuh krim (mat guna susu sejat)
1 biji epal hijau, didadu
1 biji lemon, parut kulitnya (mat guna orange)

Dikacau Rata :-)
90 g mentega, cair dan sejukkan
135 g gula halus
4 biji telur gred A
2 camca teh esen vanilla

Digaul Dan Diayak :-)
50 g tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan roti dan susu sejat, gaul rata dan biar terendam 5 minit. Masukkan bahan yang dikacau rata dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan bahan yang diayak dan gaul hingga sebati, akhir sekali masukkan epal dan kulit lemon/orange. Kacau hingga semua mesra.
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit (mat guna acuan "mini bund pan"), bergantung pada saiz acuan dan juga oven masing2...

Post a Comment

2 Comments

  1. salam mat
    nak tanya u guna kamera jenis apa dan model apa.cantikla gambar2 .sharp sungguh

    ReplyDelete
  2. Salam mat, apa kabor? akak ni bila masuk dpur mat selalu sedih sbb xleh view gmbar mat..dpt baca resepi je lah...huhuuuuu...xtau nak wat camne..akak terlangkah apa lah nk smpai rumah mat ni..sampai terkena camni..uwaaaa..Ada ke Doktor kat sini yang leh bagi tau apa ubatnya? :((

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.