BEN ASHAARI

Sunday, May 11, 2008

SUP AYAM SEMPOI...

Sup Ayam Sempoi

Ini sup ayam paling simple dan senang......tak caya?....Kalau tak caya lah, boleh tengok bahan2 dan cara2nyaa.....

Bahan-Bahannya :-)
600 g ayam, potong sederhana besar, cuci dan toskan
3 biji kentang (besar), kupas, dan potong 8 setiap biji
1 sup bunjut "ADABI"
1 kiub ayam "MAGGI"
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

Bahan Kisar :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 camca teh lada hitam biji
2 inci halia
1/2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras

Bahan Tumis :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan masukkan sup bunjut, kiub ayan dan juga kentang. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan garam dan masak hingga kentang empuk dan ayam masak.
  3. Rasa garam dan jika kurang tambah secukup rasa. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang bersama nasi, nasi impit atau pun mee hoon/mee kuning....senangkannn!!!!

4 comments:

shima said...

huiksss cik mat ni kalu snap gamboo makanan buleh wat cover majalah!! x cayeee cuba snap gamboo semangkuk maggi>>>> confirm marbeles... buleh pacak wat billboard tepi highway

Mat Gebu said...

shima...
hahah u ni buat i tersenyum laaa. alah mana ada, gambar biasa2 je, tapi kan i siap tonggeng2 lagi u nak dpt angle yg sesuai...hehehe

zaitgha said...

mat,

i concur what shima said about your pictures...but then just becareful when you 'tertonggeng2', afraid some misunderstanding would arise ha ha ha....joking mat just joking...but still love the pictures...

btw, chicken is not staple in my home and if it made the appearance it would be fried, never with gravy or soup...tak jalan he he

Seafrost ~ Nina said...

Cik Mat,
Terima kasih share resepi ni. Mmg senang tapi rasa sedap....Hari ni Nina dah mati akal nak masak apa utk Nina & 4 anak2 ku yg kecik2 lagi ni. Last-last cari inspirasi kat sini & dpt ilham :)
3 anak nina ni cerewat gak nak makan (hasil didikan ex-bibik ku dulu, cis!) but yg paling kecik belasah semuanya! Tapi, bila buat sup ni & kawinkan dengan meehoon & lebihan nasi impit semalam....siap bertambah 3 kali tu diaorg makan!!! Thanks Cik Mat!Anda penyelamat hari ku :)

XOXO
Nina Seafrost

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.