Pulut kuning, makanan tradisi rakyat Malaysia, sedap dimakan bersama rendang ayam/daging, kari, serunding atau pun sambal tumis.......
Bahan-Bahannya :-)
850 g beras pulut
3 inci kunyit hidup, atau
2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara membuatnya :-)
- Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
- Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
- Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...
8 Comments
bila tengok pulut kuning.. teringat pulak pada mak saya yang selalu buat pulut kuning waktu dulu-dulu sewaktu hari lahir anak2 nya..
ReplyDeletewah sedapnya resipi pulut kuning nih...
ReplyDeletemmmm you really make simple food look so delicous. Bila tengok gambar ni I pun nak masak ni pulak :)
ReplyDeletepulut kuning @mat gebu ... sungguh class!
ReplyDeletekasawari...
ReplyDeletehehehe terkenang semasa dulu ek, masa sunat dulu ada buat pulut kuning tak?..hahaha
idzaris...
mmg sedap bagi penggemar pulut, kalau makan dengan rendang, serunding, kari atau sambal tumis pun sedappp!!!
gert...
Gert kat tempat u senang ke nak dpt pulut? boleh beli kat oriental shop ek?
Hani...
heheh mmg kelas kan, kelas tadika kemas kampung sedenak.. (tapi kg i tak de tadika kemas tau, sebab kws cina)..
wahh !!
ReplyDeletepresentation mabeles !
tadi buat gak ..tapi tak tgk pulak cara gini ..
kreatip!! nak buat pulut lagi esok mau kembung perut org2 kat umah ni hehe
cantik n kreatif la cmg ni
ReplyDeleteSedapnya...dah lama akak tak buat pulut kuning.
ReplyDelete