BEN ASHAARI

Wednesday, May 14, 2008

SINGGANG BEREMPAH

Singgang Berempah

Ini lauk paling mat suka, dah lah senang, sedap dan harum pulak tu, lepas makan body jadi hangat dan rasa macam ber"asap" u...hehehehe!!!

Bahan Utama :-)
4 - 5 keping ikan merah (atau apa2 ikan yang digemari)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
2 batang serai dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
Garam secukup rasa
Air mengikut keperluan

Bahan Tumbuk :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
8 biji cili padi
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, masukkan serai dan tuang air (ikut keperluan). Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan juga jus asam jawa. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan tambah garam secukup rasa. Biar mendidih atas api sederhana hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh dihidangkan....

3 comments:

liana m. said...

mcm sedap je singgang ni cik mat! weekend ni nak try la kat umah, lgpun nenek i ade, mesti sesuai ngan tekak org tua kan??? :))

hani said...

wah! lauk singgang.. favourite saya ni.. lawan nye dengan jenganan *wink*

Mat Gebu said...

liana m...
Lama tak nampak, Dr bz yeaa... eh kalau nak try resipi mudah dan ringkas yg ni ok, tapi kalau tak nak pedas, cili padi tu boleh kurangkan..

hani...
sama laa, feberet mat juga lauk singgang nih, adoi siap hirup2 kuah dia lagi...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.