PANETTONE

Panettone

Hari ni ada lagi satu jenis roti pelik, nama dia kelako sangat "Panettone"....Rasa dia tak de lah sedap mana setakat "so - so" sajaaa (sedap lagi "kugelhopf")...apa2 pun kalau tak buat kita tak tau mcm mana....dah buat baru leerr tau....Resipi dari "Alex Goh".

Bahan Doh Span :-)
210 g tepung roti*
1 camca teh instant yeast*
150 ml air*(*disatukan, gaul dan uli hingga menjadi doh, perap 3 jam)

Bahan Lain :-)
90 g tepung roti
1/2 camca teh garam
50 g gula halus
10 g susu tepung
1 biji telur *
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau)
60 g mentega
100 g kismis
25 g ceri, potong kecil
1 biji oren, parut kulitnya
Perahan jus dari oren tadi
2 camca besar air

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung, garam, gula, susu tepung dan bancuhan telur tadi ke dalam doh span tadi, gaul rata dan uli hingga semua bersatu dan menjadi doh. Tambah mentega sambil terus menguli hingga doh menjadi lembut.
  2. Masukkan kismis, ceri, parutan kulit oren dan jusnya serta air, terus menguli hingga rata. Bulat2 kan doh dan biarkan 15 minit. Kemudian bahagi doh kepada 8 bahagian yang sama besar, bulat2kan dan rehatkan lagi 15 minit.
  3. Bahagi lagi setiap doh tadi kepada 2 bahagian yang sama besar, bulat2kan dan letak dalam muffin cup. Buat hingga siap (dapat 16 biji), tutup permukaannya dengan kitchen towel dan biar 1 jam lagi.
  4. Kelar permukaan roti sebelum dibakar 25 - 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Bergantung pada oven masing. Sapu permukaan roti dengan sedikit mentega ketika roti masih panas......

Post a Comment

5 Comments

  1. Pelik betul namanya yer..tergeliat gak lidah nak sebut. Teruja nak buat roti & resepi2 abg mat yg mabeles ni tapi masih belom katam lah.Setakat yg mudah2 tu bolehlah hehe.Abg mat tlg bagi address sekali lagi.Emel saya pblem xleh buka e-mel yg abg mat htr dulu tu.YM saya : tie2103..e-mel: tie2103@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. salam tie....
    terima kasih yeaa kerana sudi singgah, ok nanti mat send my home add kat email u yeaa..

    ReplyDelete
  3. Hi MG

    VG here. Do you have a good recipe for Ayam Paprik? If yes, can you publish it soon? Kempunan nak makan - the best one I had in Malaysia was at Minden Heights Penang. Tks.

    PS: Luv all your pics. What camera do you use?

    ReplyDelete
  4. Mat..alahaiii susah hatinya akak dah xleh nmpak apa2 Mat tayang kat dpur Mat ni..huhuuuu...apasaii la haa..? (*nak nangis dah xleh tgk Chef sorang ni pnya masakan..) yang peliknya rumah Mat je..rumah org lain sume ok sgt2 je..Akak terkena tulah apa ni, xleh masuk dpur ko..pnya la lmbt chtbox n gmbor ko keluarr lately...x larat nk tggu..uwaaaaa....

    Dua2 pc kat rumah ni pun camtu..ke pasal kak guna parallel modem tuk dua2 pc ni..streamyx jd slow ke? dulu x pun...huhuuu...

    ReplyDelete
  5. mat...ko mmg buat combi lapo ni :(

    kalo kita dok sekampung harus hari2 combi p umah hg mat..blajo masak.. :P

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.