BEN ASHAARI

Thursday, May 15, 2008

MEE REBUS TANIA

Mee Rebus Tania

Lagi satu resipi mee rebus yang mat dapat dari blog "Chef Tania Singapore". Rasanya sedap, tak pedas dan ada sedikit rasa seakan2 mee bandung memandangkan penggunaan udang segar dan udang geragau yang diadun dalam kuahnya.....Resipi, mat salin dari blog chef Tania je lah, tapi di guna bahasa Inggeris, kita translate to bahasa Melayu lah yeaa.....Oh ye, mat buat 1/2 daripada resipi dibawah.....

Bahan Utama :-)
500 g daging tetel, potong kecik dan rebus hingga lembut
300 g udang, kupas, celur dan kisar halus (gunakan stok udang utk mengisar)
1 cawan taucho, cuci, tos dan tumbuk halus
1 cawan kacang tumbuk
2 batang serai, dititik
5 camca besar serbuk ketumbar
2 kiub ayam "MAGGI"
1 1/2 cawan gula (mat guna 1 cawan)
1/2 cawan gula merah (mat guna guna melaka)
200 g keledek, rebus dan lecek halus
1/2 cawan tepung jagung*
200 ml air*(*dikacau rata)

Bahan Kisar :-)
8 tangkai cili kering, kerat dan celur dgn air panas
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 cawan udang geragau, rendam dan toskan

Bahan Lain :-)
Mee kuning secukupnya (resipi asal guna 1.5 kg mee kuning)
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
Tauhu, digoreng dan hiris
Limau kasturi, dibelah dua
Taugeh, dicelur (mat tak celur)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar bersama serai titik hingga harum. Masukkan ketumbar serbuk, gaul rata. Tuang stok daging tetel bersama isi2nya dan tambah lebih kurang 2 liter air lagi. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tauco, kacang tumbuk, kiub ayam dan sedikit garam, gaul rata. Biar mendidih sebentar dan masukkan keledek lecek dan juga udang kisar. Masukkan juga gula merah dan gula pasir (tahap kemanisan bergantung pada individu). Renihkan 20 minit.
  3. Tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau, kepekatan bergantung pada individu, renihkan sebentar. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAN MEE REBUS :- Celur mee, toskan dan masukkan ke dalam bekas sesuai, letak taugeh, telur dan tauhu, curah kuah dan hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, potongan cili merah/hijau dan belahan limau kasturi....mmmmm sedappp!!!!

6 comments:

rinnchan said...

Ishhh....terasa-rasa dah kat tekak ni.
Tambah2 bila diperah limau kasturi tuuu....huishhh, tak leh jadik nii. Nak kena pi carik jugak !!!!
(Kes malas nak nggodek sendiri lah niiii....ke keh )

zaitgha said...

mat,

can i use minced touchu i/o the big ones and wash them....

NORA SAKURA said...

sangat lah terliurrrrrr..

Ummi said...

Mat, apasaii la chtbox ko tu x kua2 dah kena telan dgn ikan tu ke..ko x bg makan..hehe..Ish sedapnya nmpak mee rebus ni..Tania..namapun sedap, mst mee ni sedap nii..nnt akak nk try gak..one day!! hehe..terliur sakan dah ni..

Mat Gebu said...

rinnchan....
Uikk mcm terasa2 kat tekak yeaa. aisey jauh beno nak mengantor nyaa...hehehe

datin zai...
kalau tauco yg dah halus, u letak sikit saja..kalau cuci takut habis pulak semua dia lari....

nora sakura...
mmg i suka yg ni, boleh kurangkan lagi manis kalau nak...

kak ummi...
tatau laa , chatbox tu dtg bulan agaknya, kang ada, kejap kang ilang..poning palo den ni mikir kan...

liana m. said...

salam cik matt, lame tak menjenguk kat dapo cik mat ni.hehe.i tgh mmg tgh cari resipi mee rebus nak buat utk ayah i yg dah mengidam mee rebus yg mamak buat.tup2 terjumpe resipi ni. nak tny, kacang tumbuk tu, kacang yg digoreng then ditumbuk lumat, or disangai atas kuali je then baru tumbuk?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.