BEN ASHAARI

Tuesday, May 20, 2008

KURMA DAGING ALA INDIA

Kurma Daging Ala India

Rasa dia macam sama je dengan kurma biasa, cuma kurang pedas dan penggunaan bahan ada sedikit berbeza dari kurma biasa....

Bahan Utama :-)
500 g daging
4 biji kentang
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah/hijau dibelah dua (jgn putus)
2 biji tomato, dicincang
2 camca besar penuh rempah kurma
2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
3/4 cawan yogurt perisa asli
2 camca besar kerisik
Air secukupnya
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 biji kacang gajus
1 camca besar lada hitam biji
2 camca besar kelapa parut

Bahan Tumis :-)
2 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Daging dipotong sederhana besar, cuci dan toskan. Kupas kentang dan belah 4 setiap biji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi, biar cair. Tumis bawang besar dan daun kari hingga layu, masukkan bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan jintan kasar, goreng hingga harum.
  3. Masukkan cincangan tomato dan bahan2 kisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan rempah kurma, gaul rata, tambah sedikit air jika perlu. Bila wangi, masukkan daging, gaul dan tuang air seckupnya.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga daging 3/4 lembut. Masukkan kentang dan kerisik. Masak hingga kentang empuk. Tuang yogurt, gaul rata dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga semua masak dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...

6 comments:

alizahouseofcooking said...

Tengok resipi En. Mat ni teringatkan alkisah mak sedara hubby, panggil Mak Besak je(Penang Mari). Masa kenduri kahwin kat satu jemputan tu ckp pd dia lauk kurmak tu sedap le. So dia jwb...mana boleh lawan lauk kurmak MB semua makan mesti puji. So kita yang lurus bendul nipun nanyalah macam mana resipi MB? Oooooi...resipi MB mana boleh bagi kat orang, special punya....rohsia. Kwang..kwang..kwang. Agaknya ilmu tu nak bawak bekal kat cacing di dalam tu kot.

echah_syed said...

lawak citer kat atas ni..:p

mat hg mmg seni..kulit kayu pun bole jd hiasan tau :)

bravo laa hg!

echah_syed said...

mat nak tanyer ni..hg jgn kecik ati naa..

mmg combi ketinggalan ketapi ni.. :(

hg mmg chef ker??keje ktne??

combi tgk masakkan hg n sentuhan hiasan kat sini mmg bravo giler :)

kalah chef yg dah ade buku masakkan tau..serius!

combi dah bookmark blog ni sbb senang nak cari resepi.maqaseh mudahkan keje ibuk2 mcm combi :p

*thumbs up*

Mat Gebu said...

aliza...
resipi tradisi selok2nya kita kongsi kan, jadi tak delah terkubur bersama tuan punya badan..dahh rugi ilmu tu terkubur sama...

kak combi...
terima kasih laa atas kata2 semangat kak combi tu, CeQ ni cuma rakyat jelata biasa saja, tak de masak kat hotel, istana atau kediaman pembesar2, sebab di dapur patik mmg manusia2 dah cukup besar...

Ummi said...

Salam mat, lama dah nk masuk kat shoutbox asyik tggu x jelma2 laaa..kat mana problem xtau le..gambar2 masakan mat pun dh xnak keluar bila akak nk tgk..huhuuuu...sedeyyy betul! Jadi ni duk tegur sini je lah..tp gambar sume x kua2 lg..lambat benor..selalu camtu lately ni..apasaiii laa..yg org lain ok pulak! Harap mat sihat2 selalu..

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Eh ye ke, semua tak keluar..laaa. ini yg susah hati dgr...kak ummi, semua blog lain pun sama ke kak?..