BEN ASHAARI

Sunday, May 25, 2008

KUGELHOPF

Kugelhopf

Kugelhopf, sejenis roti yang berasal dari Austria. Rotinya seakan2 kek, lembut dan harum dengan bau kulit kayu manis dan juga kismis. Resipi asal dari "Alex Goh"....

Kugelhopf

Sesuai untuk minum petang atau pun sarapan pagi. Untuk mengetahui lebih lanjut asal-usul Kugelhopf bolehlah melawat laman ini....

Bahan-Bahannya :-)
70 ml susu segar
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
250 g tepung roti (high-protein flour)
40 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
75 g mentega
100 g kismis
8 - 10 biji kacang pecan/badam

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan susu, telur dan esen vanilla, kacau rata. Satukan tepung, instant yeast, garam, serbuk kulit kayu manis dan gula dalam satu bekas, gaul rata. Tuang bancuhan susu dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Masukkan mentega sambil terus menguli hingga menjadi doh yang licin. Doh memang agak lembik (jangan tambah tepung!). Gaulkan kismis sambil terus menguli sehingga kismis rata dalam doh.
  3. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik cling dan biar 2 jam sehingga doh naik. Keluarkan doh dan uli sebentar, rehatkan lagi 15 minit.
  4. Lenser acuan kugerhopf dengan sedikit mentega, susun kacang pecan pada dasar acuan, ketepikan. Ambil doh tadi, bulat2kan dan buat lubang dibahagian tengah doh (macam donat), tabur sedikit tepung jika melekat. Alihkan doh yang berlubang tadi ke dalam acuan kugelhopf tadi, boleh lihat contoh acuan disini... Tutup dengan plastic cling dan biar lagi 1 jam sehingga naik.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150c selama 35 - 40 minit atau mengikut oven masing2. Bila masak, keluarkan serta merta dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Tabur sedikit gula aising jika suka.
  6. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. Biarkan doh dalam BM untuk sejam lagi sebelum melakukan kaedah no. 4.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!

5 comments:

Hani said...

Mat, kiutnyer teko dan cawan kat belakang tu... :D

hani said...
This comment has been removed by the author.
hani said...

Terimakaseh Mat, kongsi resipi ini.. Mat Gebu Slalu The Best *winks*

Min said...

Mat, menggunakan acuan silikon lagi ke ? Cantik. I pun ada buku Alex goh tu tapi tak rajin mencuba. Eh Mat, nak tanya, kat JB ada tak kedai bakeri yg mengancam ? I mungkin turun JB minggu ni.

Mat Gebu said...

kak hani (ringo)...
hehehe, kuit yeaa, ala kak hani itu teko yg mat suka sebab cute n ala2 i gitu u, montel kan teko dia!

hani...
Sama2..ishh jgn leer puji gitu, i malu nihhh....ishh mana nak nyorok nihh segann...

min...
Eh nak turun JB ke..Kat JB ni i selalu pegi Perling Indah (mcm mahal skit), C Siang (kedai kayu) dan Ming Huat (kedai sempit sebab brg byk)..tapi kan min, i rasa KL lagi best, sini brg2 baking mahal, mcm brg2 wilton tuu..haiyooo cekik darah u harga kat sini...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.