BEN ASHAARI

Sunday, May 4, 2008

PULUT PANGGANG

Pulut Panggang

Jom makan pulut panggang...teruja tengok pulut panggang kat dapur Jo, MamaLydia dan Siti Azma, tu pasal mat buat, tapi mat guna serunding ikan (ikan tuna dalam tin saja.....)

Bahan-Bahannya :-)
300 g pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
Serunding secukupnya (resipi dibawah)
Daun pisang secukupnya
Stapler atau lidi tajam

Bahan Serunding Ikan :-)
1 tin ikan tuna dalam tin, toskan
1/2 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan manis*(*dikisar lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PULUT :-Toskan pulut, letak dalam loyang. Ratakan. Bancuh garam dengan santan cair, tuang ke dalam pulut tadi dan kukus 20 - 25 minit hingga pulut masak. Gaul rata, angkat dan Sejukkan.
  2. UNTUK SERUNDING IKAN :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum. Masukkan pati santan dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan tadi dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT PANGGANG :- Siapkan daun pisang, lap bersih, layur dan potong lebih kurang 5 x 8 inci. Sudukan lebih kurang 2 camca besar pulut, ratakan dan leperkan sedikit, letak serunding ikan (mat letak 1 camca besar) sepanjang pulut tadi. Bentukkan menggunakan daun pisang hingga pulut menutupi serunding. Kemaskan dan semat dengab lidi tajam kiri dan kanan atau pun guna stapler. Buat hingga siap dan panggang hingga sedikit garing....

4 comments:

MamaFaMi said...

Ma tak leh makan pulut banyak sangat...nanti angin... hehehe..

zaitgha said...

my favorite but with my age, cant eat much he he....

thanks for replying the sangai....heard it before but at that time not a cooking fan yet...but this is not the case i sound stupid if i speak malay tau ha ha ha.....good morning Mat!

Cik Siti Wan Kembang said...

gut idea nih Mat.. siti tak terfikir lah nak wat serunding ikan guna tuna dalam tin..naper tak habaq awai..-awai..suka sangat pulut panggang terengganu..kita bubuh serunding ikan..

Mat Gebu said...

mamafami...
memamg mama, tak mulalah lenguh2 sendi, pastu mcm ngantuk2...buat keje pun macam lemauu je..

datin zai...
setuju dgn u, my mom pun tak ambil pulut byk sgt tapi dia sukaaa sgt pulut kuning...sebab nenek mat kan org Rembau, tu pasal kami suka makan pulut..

siti azma...
ini kira dah tak de pilihan, sebab dalam peti sejuk tak de ikan yg sesuai nak buat serunding, so belasah jee tuna dalam tin..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.