BEN ASHAARI

Wednesday, May 14, 2008

JERUK BETIK

Jeruk Betik

Pertama kali buat jeruk betik, itu pun sebab ada betik mengkal kat rumah, resipi mat dapat dari buku "The Book Of Preserves"....

Jeruk Betik

Kuantiti jeruk bergantung pada saiz betik, sini mat guna betik yang agak besar juga.....

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
  2. PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
  3. PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!....

7 comments:

PINATBATE said...

menitik-nitik air liur....kalau tak dapat betik mengkal ..boleh ganti dengan buah mangga atau sengkuang agaknya...?

Aidan's Mama & Papa said...

my dearest mat, kita dulu sekolah kat SIGS. tiap tiap kali habis skolah je beli jerok kat pondok pakcik kebun kat skolah! this reminds me so much of those days!!!

Zaza

Mat Gebu said...

pinat...
uikk adoi, susah hati i bila dgr ada yg menitik air liur..hahaha, kena pakai barut mcm baby nihh...

Zaza...
Salam zaza, lama tak nampak u, bz ek..tu lah jeruk2 ni mmg ingat2kan kita zaman dulu kan....psttt kad2 u cantik dan berseni...

Cik Siti Wan Kembang said...

tabikk le Mat.. siti pun suka mende ni.. kat kelate..mereka hiris sekeping betik tu nipis2.. sedappnyaa.....

Ummi said...

Maaaatttt...ko ni betullah buat menitis air liur akak je tauuu..jeruk betik lak tu..mmg fav akak tau..patutnya ko pos kat akak ni..akak mmg pantang tengok jeruk..tapi makan x pantang.. Sampai hati ko..!! huhuuuuu

box said...

Assalamualaikum mat

sihat?..apa sarapan untuk mak dan mat hari ini?...selamat bergembira ya...

salam hormat dari akak

http://boxhousestudio.fotopages.com

Mrs.Zack said...

mat, kau nie mmglah teruja akak tengok jeruk tu rasa penuh dah air liur dalam mulut nie. Nak pergi beli kat kedai tak suka sangat coz mesti banyak bahan pengawetnyakan.

Akak masih lagi tak dapat nak antar msg kat chat box mat tu. Saja je computer nie tak bagi akak chat dgn mat agaknya.