BEN ASHAARI

Sunday, April 27, 2008

AYAM GORENG KREMES

Ayam Goreng Kremes
Semalam mat jalan2 ke blog "Lidia", kepunyaan sorang warga Indonesia yang menetap di Montreal, Canada dan ternampak satu resipi ayam goreng yang agak unik, tergerak hati nak mencuba memandangkan bahan2 pun mudah didapati. Tak rugi mencuba, sedap rasa dia ala2 ayam goreng berempah cuma ia agak berbeza kerana ditaburi remah2 tepung goreng yang rangup dan enak.....Thanks Lidia!!!

Bahan-Bahannya :-)
6 keping peha ayam yang besar (mat guna beberapa bahagian ayam)
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam (mat guna "bay leaf)
4 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 cm halia*
4 cm lengkuas*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh lada putih biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar hingga halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam
Air

Bahan Tabur :-)
200 ml stok air rebusan ayam
2 camca besar tepung beras
1 biji telur
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

  • Ayam dicuci bersih toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tuang bahan2 kisar halus, masukkan daun limau purut dan daun salam (bay leaf), tambah garam (anggaran 1/2 camca teh). Tambah sedikit air dan masak hingga ayam empuk. Angkat dan toskan ayam.
  • Masak kembali stok tadi sehingga pekat, keluarkan daun limau purut dan bay leaf. Sejukkan. Panaskan minyak, goreng ayam tadi sehingga kuning keemasan, angkat toskan minyak dan susun dalam pinggan sesuai.
  • Dalam satu bekas, satukan tepung beras bersama sedikit air, kacau dan masukkan telur, gaul hingga rata. Tuang stok ayam tadi (sukat 200ml) dan bancuh hingga sebati. Panaskan minyak (biar minyak betul2 panas), kemudian ambil 1 senduk bancuhan tadi dan tuang dalam minyak panas. Masak hingga garing. Angkat dan toskan atas paper towel, buat hingga siap.
  • Tabur bahan tadi atas ayam goreng sebelum dihidangkan bersama sambal kegemaran....yumm yummm....

5 comments:

nashriza said...

sedapnya....boleh la compile jadik buku...meh saya editkan...nak ke...???

gee carmen said...

nampak sedap! ni yg buat gee lapar nehh.. :D

Dianne said...

Samekom,dyg xnampak chat box lah,server down kot,
ayam nampak sedap jer,terliur lah plak!!!

Ajzie said...

Nice blog.. thanks for sharing...


Salam perkenalan

Mat Gebu said...

nashriza...
salam nash..hehehe, alah buat masa ni biar jelah kat blog, buat susah2kan u aje, apa2 pun terima kasih yea kerana singgaj..

gee carmen...
Gee, mmg sedap tau, u boleh cuba kalau ada masa terluang

Dayang...
salam, mmg lah, server slow agaknya...

ajzie...
salam kenal utk ajzie juga, terima kasih kerana sudi singgah yeaa..