BEN ASHAARI

Friday, March 21, 2008

NASI DAGANG


Kalau ada gulai ikan tuna, mesti ada nasi dagang...Ini pun resipi dari buku "Norzailina Nordin". Rupanya tak de lah susah sangat buat dia...cuma mat ada buat sedikit jee adjustment pada santan dia....harap maaf yeaa kak lina....



Mat buat 1/2 dari resipi dibawang nie.......

Bahan-Bahannya :-)
800 g beras siam*
200 g beras pulut*(*digual bersama, cuci dan rendam 4 jam)
10 ulas bawang merah, dihiris halus
2 cm halia, dihiris halus
1 camca besar halba
500 ml santan
1 camca teh garam
Sedikit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Campur garam dan gula bersama santan, kacau rata. Gaul bersama halba, hirisan halia dan hirisan bawang merah. Ketepikan.
  2. Toskan beras dan kukus 15 minit. Kemudian bilas beras dengan air biasa dan kukus lagi 10 minit.
  3. Alih beras dalam bekas besar, gaul bersama santan dan campuran halba tadi hingga rata. Kukus kembali hingga betul2 masak (kurang lebih 15 minit). Boleh dihidangkan bersama gulai ikan tuna dan pajeri bombay....

2 comments:

Sabrina said...

Nasi dagang ni feveret hubby Sab. Tapi Sab tak pernah cuba masak sendiri.. selalunya beli kat kedai pakcik yg memang dah biasa kita beli.. Takut buat sendiri kang, tak kena pulak dengan tekak hubby tu.. hehehe..

belangcoolcat said...

syoknya makan dlm pinggan lomkom tu, boleh letak kuah banyak-banyak!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.