BEN ASHAARI

Tuesday, February 19, 2008

KUIH KERIA

Dan dengan rasminya, keledek yang dah lama "menjanda" kat dalam bakul tu menjadi kuih yang sedap dan lembut dan nyamannn bahhh..ahakss, alah cuma kuih keria saja, kuih biasa yang mak2 kita buat dulu, tapi kali ni, bukan mak yg buat okeyy....'anak mak" yang buat!!!!!

Bahan-Bahannya :-)
600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
  4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
  5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!
  6. CATATAN MAT GEBU :- Jumlah tepung bergantung pada jenis keledek, jika gunakan keledek kaler orange, perlu tambah tepung...

~:Kuih keria yang baru siap digoreng.....makan macam ni pun sedap uu!!!!:~

9 comments:

siti said...

siti suka kuih ni Mat...sukaaa sangat..

MamaFaMi said...

Sama saiz je tayar Mat ni...bagus betul tangan Mat membentuk yek... kalau mama, mesti ada yang jadi tayar beskal, tayar kereta, tayar lori, tayar motor dan tayar wheelbarrow pun ada agaknya! Hehehe...

Jie said...

Mat..sedapnya..skrg ni nk beli ke kuih ni..nengok je tak selera..keras tepung lebih banyak dari keledek.

Kak Jie keledek rebus cicah gula pun dah suka..mmg suka keledek...masak sgn cekur manis pun.

gambar itu buat lagi tertelan airliur patlima baldi ni..he hehe

ummuhanafi said...

hello mat!
lepas goreng kuih keria you tu tersusun cantik gitu cam nk jual kat pasar plak, kekekeke...
sebenarnya I baru buat kuih keria last week..
jgn x percaya kat padang pasir ni boleh tumbuh keledek
hahahahahahaa!!!!
:D

Mat Gebu said...

Siti...
Kuih keria ni mmg kesukaan ramai kan...mat pun suka, lagi satu cok badak, pun suka sgt..

mamafami...
Hahaha, mama nikan mcm je idea nak mengusik..ahakss, kalau mak mat buat dia suka besar2, sebab cepat kenyang....pssstt!! saiz tayar traktor!!

Kak Jie..
Memang laa kalau jual semua lebih tepung, bila makan pun liat semacam, sendiri buat utk makan kenalah yg sedap2 kan...kak jie, kalau makan keledek, pas tu mesti angin menendang kan..ahakss!

ummuhanafi..
Ye ke kat padang pasir leh tanam pokok keledek,,,mesti lagi manis keledek tu sebab cuaca kering...

Kasawari said...

Mak saya selalu buat kuih keria ni.. kena cari keledek kat Pasar Malam Senai tiap hari Rabu tu..

yang best tu.. bila gaul dengan gula..

beshh besshh

Mat Gebu said...

kasawai...
Kuih keria ni tergolong dalam kuih2 tradisi kita org melayu kan...tu pasal sedap.

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

alahai..sedap ni. Dok pekena DOnut je..mkn cok keria best juge

insheerah said...

cantiknya bntuk!! kalau kat kedai salu tgok senget2 dh hehe sedap keria ni!!