BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

UDANG GORENG ASAM

Udang Goreng Asam lagi satu lauk pauk kegemaran Baba dan Nyonya peranakan...mat pun suka juga sebab nak buat senang, rasa pun sedap..pendek kata budah umur 12 tahun pun dah boleh buat.....tak caya?..Jom kita tengok.....

Bahan-Bahannya:-
500 g udang sederhana besar
2 camca besar asam jawa
1/2 camca teh garam
2 camca besar gula
1 camca teh serbuk lada sulah
2 camca teh kicap pekat
2 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
8 camca besar air

Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan udang, tapi jgn buat kulit, cuma gunting hujung kepala dan buang kotorannya. Tabur garam dan perap 10 minit, kemudian cuci dan toskan.
  2. Asam jawa dicampur dengan 8 camca besar air, ramas hingga sebati dan tapis jusnya. Campur dengan semua bahan lain. Kacau rata. Gaul dengan udang yang ditoskan tadi dan perap 1 jam hingga 1 1/2 jam dalam peti sejuk.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul2 panas dan masukkan udang seta bahan2 perap tadi (berhati2 ketika memasukkan udang ke dalam kuali!!). Kacau goreng untuk 1 minit dan kecilkan api, biar udang masak hingga bahan perap menjadi pekat dan bersalut pada udang.
  4. Kemudian angkat dan toskan lebihan minyaknya. Alih ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.