ROTI KENTANG

Dah petang ni..Jom makan roti kentang dengan air kopi halia....teh beng pun ada jugak, nak susu, boleh tambah!!....Jemput makan. Hari tu Kak Jun buat roti kentang, pi jalan2 kat dapur Kak Hani, dia buat roti juga tapi inti kacang merah....Hari ni mat pulak buat roti. Resipi asal dari "Onigiri" dari MyResipi.....

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek
300 g tepung roti
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver (tak de dalam resipi asal)

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega (mat guna muffin cup bersaiz 5 inci) dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

~: Doh roti yang siap dihias dengan cream custard, sedia untuk dibakar:~

Post a Comment

4 Comments

  1. jealous betul tgk papercup tu. balik nanti i nak borong banyak2..

    ReplyDelete
  2. Roti yg siap dipancit?
    Ingat tayar aje yg boleh pancit...
    Biar betoi, Mat.
    Ataukah ini namanya "Perogolan bahasa"?

    ReplyDelete
  3. jo...
    Balik nanti jgn lupa yeaa..borong banyak2...hehehe..

    Kak Lina...
    Hahaha...hehehe...wokey nanti tukar laa..bunyi macam kejam pulak bila kak lina kata "perogolan bahasa"...hahaha!!..Terima kasih yea atas teguran membina..harap2 masa akan datang pun kalau ada silap penggunaan perkataan dalam bahasa, silalah tegur yeaa...

    ReplyDelete
  4. Ala Mat, wat pe tayang gambar roti nih...Mama allergic la tengok roti roti ni sumer...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.