BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

ROJAK ASMA JB

Kalau kat Negeri Johor ni, rojak asma memang lah popular, kira rojak negeri Johor leer gamaknya........
Resipi ni mat dah dapat lama dan dari mana sumber dia pun dah lupa, kertas resipi tu pun dah bertukar kaler dan wajah....Walaupun rumit sedikit, tapi berbaloiii!!....

Bahan Untuk Kuah:-).
150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus
50 g biskut marie, dikisar halus
50 g kismis*
50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*
8 biji bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Rojak:-).
100 g daun salad
3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan
2 keping tauhu, belah dua
2 keping tempe
200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan
200 g paru, rebus dan hiris nipis
100 g fish ball
1 biji timun, dipotong jejari
1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari
2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar2
3 biji telur, direbus
Sedikit bijan, disangrai
Bancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang)

Cara membuatnya:-).
  1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api
  2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau. Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga semua siap.
  3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang agak besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.