BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

PUDING SAGO

Jom kita try buat puding sago....saja suka, bila tengok kat blog Great Lydia, terliur pulak pakcik, maklumlah baru baik demam gitu..hehehe...

Bahan-Bahannya:-
300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat

Cara membuatnya:-
  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
  2. PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.