BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

PUDDING CARAMEL HO AH LIN

Puding karamel Ho Ah Lin...Masuk blog kak jun, dia buat, masuk blog sweetlily, dia buat juga...Eh tak bley jadi....mat pun nak buat juga..Dengan izinnya maka terhasil lah resipi kak lina tu, cuma mat buat 1/2 adunan saja (itu pasal nampak nipis).....tatau laaa bila nak habis...tak palah janji dah buat...

Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari adunan dibawah)
6 biji telur
80 g gula halus
25 g tepung kastard
15 g tepung jagung
410 ml susu cair
410 mk air
1 camca teh esen vanilla
80 g gula halus*
100 ml air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Tuang susu cair, air dan esen vanilla. Gaul rata dan tapis adunan, ketepikan.
  2. Masak gula dengan air sehingga menjadi karamel kuning keemasan. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan mentega. Ratakan. Tuang no. 1 dalam acuan dan kukus 35 - 40 minit.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.