MEE BAKSO

Sepatutnya petang tadi letak n3 ni, tapi 2 - 3 hari kebelakangan server internet slow sangat...ishh gerammmm, macam siput!!!....Petang tadi mat buat mee bakso untuk bonda berbuka puasa....Resipi sama macam "bakso ayam" cuma yang ni bebola dia dari daging lembu. Jadi mat cuma sertakan resipi untuk bebola daging lembut saja, dan untuk sup boleh rujuk pada resipi bakso ayam. Boleh cari di bawah label "Pasta Dan Mee"....

Bahan Untuk Bebola Daging :-)
500 g daging lembu cincang
25 g halia*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar kicap cair
2 camca besar hirisan halus daun sup
3 camca besar tepung jagung
1 biji telur
1 camca teh baking powder

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan pukul dengan sudip kayu selama 10 - 15 minit hingga adunan bersatu dan menjadi kenyal. Pukul satu arah sahaja. Jika nak senang, guna cake mixer yang dipasang alat pemukul ( "K" beater) dan putar pada kelajuan sederhana untuk 7 - 8 minit. Ketepikan sebentar.
  2. Basahkan tangan dan jari dengan sedikit minyak masak, cedok lebih kurang 1 camca tek adunan daging tadi dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap dan sedia di masukkan ke dalam sup.
  3. Apabila kuah sup bakso mendidih, masukkan bebola daging dan masak hingga bebola timbul, renihkan untuk 10 - 15 minit lagi. Boleh dihidangkan bersama mee.

Post a Comment

3 Comments

  1. mat, bakso tu tak yah goreng ye..terus msk lam sup ye..

    ReplyDelete
  2. Terpulangg..kalau ibu Jie sukak goreng, boleh digoreng..hahaha...

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..dok ronda2 kat internet ni terjompa web mcm ni..yg sempoi ni!!!mmg dok lama dah carik adunan nak buat bebola daging tu..t kch bro Mat yer..sebenornyer saya ni pon golongan lelaki yang minat sgt memasak hehe dan suka sangat mencuba resepi2 baru...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.