BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

KUIH LAPIS ROZZAN

Teruja tengok betapa meriahnya kuih lapis yang Rozzan buat dan resipi dia agak berbeza skit dari kebiasaan, Mat pun buat lah petang tadi....rasa sedap..manis dia pun sedang2 saja dan kenyal serta anjal....Jadi tak de apa2 nak komen lah...

Bahan-Bahannya:-
1280 ml santan (mat guna 500 ml santan kotak + 780 ml air)
340 g gula pasir
1/2 camca teh garam
3 helai daun pandan, disiat dan simpul
250 g tepung beras
60 g tepung ubi (sagu ubi)
40 g tepung Hoon Kue (tanpa warna)
Sedikit pewarna biru, merah dan kuning (atau warna kegemaran masing2)

Cara membuatnya:-
  1. Satukan santan, gula pasir, garam dan daun pandan dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau hingga gula hancur dan santan suam. Sejukkan.
  2. Satukan semua jenis tepung dalam satu bekas, gaul rata. Tuang santan tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan tadi.
  3. Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak. Bancuhkan warna pada setiap bahagian dan 1 bahagian biar pada warna asal (putih). Kemudian bagi 2 lagi setiap bahagian tadi, biar sama banyak.
  4. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan sedikit minyak. Panaskan tin 5 minit dalam kukusan. Tuang 1 bahagian biru dalam tin dan kukus 5 minit. Kemudian 1 bahagian merah dan kukus 5 minit, 1 bahagian kuning dan kukus 5 minit dan 1 bahagian putih dan kukus 5 minit juga.
  5. Buat proses yang sama untuk lapisan berikutnya (untuk lapisan ke-5 dan seterusnya kukus 7 minit). Untuk lapisan terakhir, kukus kuih 10 minit. Angkat dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...
  6. PETUA:- Untuk mengelakkan air menitis atas kuih, mat bungkus tutup kukus dengan kitchen towel....Gunakan api sederhana semasa mengukus..Selamat mencuba!!!

1 comment:

LilySara said...

Salam mat..saya nak tanya tepung hoon kue tu leh dpt tak kat eire nie...dan juga bungkusan dia mcm mane yek...
thanks...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.