BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

EPOK - EPOK KELEDEK

Hari nie untuk minum petang, mat cuba lah buat epok-epok keledek, memandangkan ada keledek sikit kat dapur, jadi terus lah cuba. Kali nie untuk pastry dia mat cuba resipi dari "auntyyochana.blogspot.com", saja nak rasa kelainannya....Mula2 mat segan nak letak kat dapur nie gambar epok-epok tu,maklum lah, bab mengelim karipap nie mat masih amatur, belum xpert macam orang lain (((terutama Kak Rozie, tauke karipap itteww!!!!)))...hehe. Tapi ok lah kelim dia tu agak "gagah" sikit dari kaum hawa yang mengelimnya.....

Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
100 g mentega/majerin
130 ml air

Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
  3. UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Doh dibahagi kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 3 mm. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.