BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

CREAM PUFF WITH LEMON CURD

Malas punya malas...tiba2 ter"jadi" cream puff...hahaha, susah lah kalau dah suka masak, perkataan "malas masak" tu cuma di bibir saja, tapi dalam hati tak macam tu...dah lama nak nak buat cream puff ni, duluuuuuuu....mat ada buat, lepas tu dah lama tak buat, ini baru buat balik..Terima kasih mat pada buku yang banyak memberi idea...."Irresistible Pastry" oleh Alex Goh.......

Bahan Cream Puff:-
100 g mentega
25o ml air
1/2 camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Bahan Lain:-
Lemon curd secukupnya
Coklat masakan secukupnya, dicairkan

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan lemon curd dan tuang sedikit coklat cair sebagai penambah seri...Selamat mencuba!!!

2 comments:

Jayaprakash said...

your explanation and dish was very super.

http://google-technology.blogspot.com

lomri said...

abg mat gebu..lemon curd tu apa n mcm nk buat or ianya dh siap ke n tmpt mana bleh dibeli

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.