BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

CHICKEN & GALANGAL SOUP @ TOM KHAI GAI

Memang sedap...mat makan 2 mangkuk u!!!!! (mangkuk kecil jeee)....hehehe....masak dia mudah dan ringkas..Jom kita cuba ramai2 yeaaa....

Bahan Utama:-
1 kg ayam, dipotong sederhana besar, dicuci bersih dan toskan
1 liter air
500 ml santan (mat guna 300ml je)
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
3 ketul lengkuas (lebih kurang 2 inci setiap ketul), dihiris nipis2
6 biji cili padi siam, dititik
2 camca besar sos ikan (nampla)
1 camca besar gula
1 tin cendawan butang, ditoskan (kalau besar, potong 2)
1/4 biji kobis, sederhana besar, potong kasar2
3 biji limau nipis, diambil jusnya*
3 camca besar pes sambal (resipi dibawah)*
6 camca besar sos ikan (nampla)*(*bahan perisa)
1 cawan hirisan daun ketumbar
4 - 5 biji cili padi siam, dihiris untuk hiasan

Bahan Sambal:-
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan minyak masak (lagi sedap guna minyak kacang)
1 camca teh gula

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK SAMBAL:- Tumis semua bahan dengan api sederhana hingga cili garing. Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK SUP:- Dalam periuk, masukkan daun limau purut, hirisan lengkuas, serai, cili padi titik dan air. Masak hingga mendidih selama 10 minit. Masukkan ayam, cendawan butang, sos ikan dan gula. Biar mendidih atas api sederhana 15 - 20 minit dan masukkan hirisan kobis dan santan. Gaul rata dan masak atas api perlahan untuk 5 minit lagi. Matikan api.
  3. PENYEDIAAN SUP:- Dalam satu bekas, satukan bahan2 perisa dan gaul hingga rata. Tuang bancuhan bahan perisa ke dalam sup tadi dan gaul rata. Hidupkan api dapur dan masak 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan segera. Tabur hirisan daun ketumbar dan cili padi tadi....sedap dimakan panas2 bersama roti atau nasi....

1 comment:

Mr.Baiz said...

adush laparnye tgk makanan ni..nak masak kat rumah xde dapur.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.