BISKUT KACANG

Hehehe...bisku raya lagi!!!!...tengah excited gila buat biskut raya..penat tak pe, janji biskut siap....ni mat buat biskut kacang (atau nama glamour "biskut mazola")...resipi nie senang ya amat, budak darjah 5 pun boleh buat biskut ni...terima kasih kat "mamafami" kerana idea biskut nie...
Tak lupa berterima kasih pada bonda mat juga, kesian kat dia, terlampau kerap menyapu biskut dengan kuning telur, sampai tidur pun tangan dia dok gerak2 macam tgk menyapu kuning telur atas biskut!!!!...hahaha... sampai terbawa2 ke dalam tidur u...

Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telur
Minyak jagung secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
Kuning telur, untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul hingga semua rata. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil digaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dicanai.
  2. Canai 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Bila masak, biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan ke atas jaringan. Biskut agak rapuh masa baru2 dikeluarkan dari oven....

Post a Comment

5 Comments

  1. Assalam abg Mat Gebu..
    Sy suke sgt resipi2 abg.. raya thn ni berpeluang bt kuih raya sndiri. sy ade amik resipi mazola @ biskut kacang abg ni utk bt kuih raya. Alhamdulllah, first time buat sendiri semuanya jadi & sedappppp! Mohon share resipi ni di blog sy ye abg Mat.. :)

    ReplyDelete
  2. Saya nk cuba wat sendiri..harap2 jadi sbb ank2 saya suka biskut ni..tq che mat atas resepi ni

    ReplyDelete
  3. Salam. Sorry mengganggu, nak tumpang tanya. 1 1/2 cawan kacang tanah sebelum kisar atau selepas kisar sukat 1 1/2 cawan. Takut tak jadi pulak. Thank you

    ReplyDelete
  4. Salam. Sorry mengganggu, nak tumpang tanya. 1 1/2 cawan kacang tanah sebelum kisar atau selepas kisar sukat 1 1/2 cawan. Takut tak jadi pulak. Thank you

    ReplyDelete
  5. Salam, sorry mengganggu, tumpang tanya, kacang tanah 1 1/2 cawan sebelum dikisar atau dah kisar baru sukat 1 1/2 cawan. Thank you

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.